Wednesday, March 11, 2009

bukan malas le~ =)

Assalamualaikum!


zua demam + flu + batuk berterusan selama TIGA MINGGU. Adakalanya, zua hanya mampu baring tanpa buat apa2.. perit benar kali ini. Sampaikan empat hari lepas zua tanya pada mak zua, "mak, boleh ke kakak sihat macam dulu?"

Mak zua peluk zua dengan air mata yang bergenang.

TERFIKIR: ntah kenapa zua jatuh sakit sampai macam ni.....~Alhamdulilah

virus selsema


"wa, pegi la klinik. demam lama2 ni kang demam nyamuk...bahaya le wehh!"

"azua! hang ni, pi la MC. kalau aku la...dah sah2 MC. x yah la datang kalau demam cam gini"

"ko biar betui zua, lama benor demamnye... pergi la check betul2.. kot2 chikunguya ke hape ke.."

yoshh! Kawan2 semua suh MC and lepak kat umah je. tapi bila ada kat sekolah ni, zua akan rasa happy. seriously! ::therapy untuk zua ada di situ::

Alhamdulillah. zua still boleh pergi ke sekolah dan mengajar. hanya itu yang zua selalu doakan.(anak2 murid zua selalu gelakkan zua sepanjang kelas.. speaking sengau sokmo! abis semua words ala2 wajibul ghunnah. berdengung abis..tahap 4-5 haraqat lak tuh..haha.. "idgham maal ghunnah ke ,cikgu?" kuang3x...maaf, sesi bertajwid sekejap.)


BIARPUN DEMAM....

zua tetap gitu-gitu gak.. hu~~

masih bleh je bergumbira handle lawatan kelas Biology ke petrosains,klcc and also ke anatomy museum,UKM,kl. Still maintain je bersorak di tengah padang untuk hari sukan sekolah, di tengah2 panas terik. Ok je takat nak setelkan 3 set soalan (biology form 4,5 and sejarah) untuk Marhalah Ula (Examination 1). Syukur! Alhamdulillah~

tapi penah jugak, zua tersungkur dan tak bangun...

Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w
ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:"Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya..”

(Riwayat Muslim)

"sabar lah, sayang." mak zua sering peluk zua dengan air mata yang bergenang selepas solat.. seolah-olah mak mahu tukarkan dirinya sendiri dengan zua. "mak......"

ya, sabar! Alhamdulillah, skrang dah makin sembuh. Syukur, Ya Rabbi!

zua dah lakukan terlalu banyak dosa. Hopefully, Allah akan ampunkan zua. Apalah sangat demam, selsema, batuk dan keadaan tidak berdaya yang zua alami 3 Minggu ini.. kalau nak bandingkan ngan kesakitan Nabi Ayub a.s yang jauh jauh jauh jauh jauh jauh lebih hebat dari zua, kan? sakit yang menyakitkan.... hilang kesemua yang dimiliki... semua yang dicintai pergi meninggalkannya...seorang. Tapi baginda tetap memuji Pemiliknya tanpa jemu. dan terima semuanya dengan redha. SubhanAllah!

Mohon Ampun, Ya Allah!

kat sini...zua mohon maaf dari kawan2 semua, terutamanya sahabat-sahabat baik zua. walau sebesar bumi ni sekalipun dosa zua pada korang, tapi zua tetap sayang korang. biar sampai bila-bila pun... dunia wal akhirat. trust me! InsyaAllah.

minta maaf ya, semua!


zua~






2 comments:

Anonymous said...

salam...
kesian azua demam yer.... tapi zua ko kena bersyukur kerna banyak faedahnya yg ko dapat dari DEMAM....

Dalam hadith yg diriwayatkan daripada Aisyah r.a daripada Nabi s.a.w baginda bersabda yang maksudnya :
" Demam adalah daripada panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air."
(Hadith riwayat Muslim)

Sebagai seorang Muslim yang beriman, kita sepatutnya bersabar dan tidak mengeluh pabila ditimpa demam. Demam bukan sahaja sekadar ujian kecil utk hambanya di muka bumi ini malah merupakan 'HADIAH' dari Allah buat hambanya
Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir r.a yang maksudnya :
" Bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bertanya: Apa halnya engkau wahai Ummu Saib menggigil?"
Dia menjawab: " Demam. Semoga allah tidak memberikan berkat kepadanya."
Nabi s.a.w bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam kerna ia menghilangkan kesalahan Bani Adam(manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi."
(Hadith Riwayat Muslim)

p/s: segala apa jua yg datang dari Allah sama ada berupa rahmat, hendaklah disyukuri. perkara yg berupa musibah maka hendaklah bersabar menempuhnya.

zua jelita said...

i am!