Friday, August 7, 2009

cayang cangat2!!

Assalamualaikummm!!

ehem...ehem... zua dedicated kan sebuah lagu untuk mak n ayah zua yang terchentaaa!
tajuk 'Jasa bonda'.. tapi untuk ayah pun gak!!
meh dengar meh..




MAK AYAH

Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:


"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.

"Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.

"Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.

"Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.


"Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."


Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." � (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

~~petikan Tajdid Iman Berita Harian. 28/07/2009. Tulisan Dr.Juanda Jaya (mufti Perlis)~~


ZUA ISTIGHFAR BANYAK2..

pernah satu ketika, zua telah menyebabkan sahabat baik zua yang amat zua sayanggggi menjadi anak yang melukakan hati ayahnya.. satu kesalahan dan DOSA besar yang zua penah buat. secara tak lansung zua hampir2 mencampakkan sahabat zua yang amat amat disayangi itu ke neraka.. menyesal gler2.. sujud taubat!!!! arap2 Allah terima..

tibe2, ari ni zua rasa nak kongsi ngan semua.. dosa menderhaka ibubapa, dosa besar.. zua sentiasa percaya, tiada seorang mak atau ayah pun yunk mahu menyakitkan anak mereka.. apatah lagi membenci... mungkin,kita sendiri yang salah.. macam lirik lagu kat atas tadi tu... "marah bukan kebencian, tapi tanda sayang.."

HAKIKAT CINTA SEJATI?

Cintailah cinta tanpa syarat..

luv, zua~~


No comments: