Wednesday, March 18, 2009
Mimpi.
sekarang ni zua tengah kursus... EduWebTV. tapi macam kurang menarik je untuk 100% meng'concentrate'kan diri... ngantuk pun ada ni. sebab mende ni dah familiar sebenarnya kecuali untuk guru-guru 'senior' yang tak berapa biasa menggunakan internet dalam kelas... Oleh sebab mende yang nak dibuat tu macam kacang je,zua pun apalagiii.. amik kesempatan la menaip blog ni..Syhhhhh! (haha..konon2 busy gak la macam orang lain...hehe)
masa untuk rewangggggggg! Go!
MIMPI
nak citer pasal mimpi zua semalam... bleh?
sebelum subuh, zua dah terbangun. terus terkebil-kebil teringatkan Mursyid yang berbaju melayu putih, samping yang senget.. ngan kopiah putih dia. si Mursyid ni anak murid zua kat Madrasah. baru form 1. zua guru kelas dia. Tingkatan 1 Ibnu Taimiyah. tinggi pun aras dagu zua kot. comel. muka bulat, montel n kulit cerah. zua suka tengok dia..
suka.
Kalau terserempak ngan zua kat mana2 pun, mesti sengih je memanjang..
tak siap homework pun, sengih je... alahaiii...
nakal ni... tapi kalau orang yang tak kenal, mesti ingat tak nakal.. sebab muka comel. zua je tahu dia nakal..haha.
Zua mimpi kan Mursyid semalam. tiba-tiba Mursyid datang dekat zua yg tengah berdiri. betul-betul depan zua. dia berdiri depan zua. Zua usap-usap kepala dia dan sikatkan rambut dia. tepuk2 bahu dia. Dia manja ngan zua- lain dari biasa.
" Cikgu...saya dah pindah..." sambil dia mendongak tengok muka zua.
" Mursyid dah duduk kat mana sekarang? " zua usap2 kepala dia.
" Mursyid dah pindah Rumah Anak Yatim Al-Bakti, Selangor...cikgu "
.................pastu zua terjaga..................
RISAU
pelik tau. Zua tak faham kenapa tetiba anak murid zua yang comel sorang ni masuk dalam mimpi zua sedangkan zua tak plak terfikirkan dia semalam...
Seingat zua, dalam Register Book Form 1 Ibnu Taimiyah, Mursyid memang tinggal ngan penjaga yang bukan ayah dia sendiri. tapi tak sure. Zua pun baru je rekodkan data-data peribadi kelas zua 2 minggu lepas. ntahlah... Rasa risau.
Herm...Boleh ke zua nak tanya anda anda anda dan anda semua....?
Wujud ke Rumah Anak Yatim Al-Bakti di Selangor? atau may be Rumah Anak Yatim yang namanya hampir2 sama ke.... atau mana2 Rumah Anak Yatim di sekitar Selangor atau kat mana2 lah... hati terasa nak cari.
Memang jelas, clear and nyata sekali, suara Mursyid sebut nama "Rumah Anak Yatim Al-Bakti, Selangor". Terdengar-dengar dan zua memang ingat.. Zua sungguh2 nak tahu n cari rumah anak yatim ni...sebab rasa pelik... Tolong bgtau zua ya, saper2 yang tahu. tolong ya.
tak sabar nak tunggu cuti sekolah seminggu ni habis. nak jumpa Mursyid!
zua~
ICT lab, Madrasah Idrisiah.
.
Monday, March 16, 2009
saje2.. *updated*
MOTIVASI DIRI SENDIRI
Kegembiraan orang lain adalah lebih utama dari diri kita sendiri.. Bagi zua, sekalipun kita akan gembira dan hepi gler2, tapi kalau dalam masa yang sama kita telah menyusahkan ramai orang lain dan melibatkan hati banyak pihak, kegembiraan kita tu sebenarnya tak best langsung...kan?
Mesti fikirkan untuk orang lain, lebih banyak.
hati akan tenang untuk itu.
dan itu yang terbaik untuk semua.
NAMUN
Lumrah.... kita still tak akan dapat puaskan hati semua orang... walau dah berusaha dan korbankan diri sendiri pun... masih ada yang tak betul di mata orang lain.. sedangkan kita dh buat yang terbaik... kadang2 susah nak explain.. Explain pun tak penah nak faham.. At last, orang akan salah faham dan fikir macam-macam.. hati sendiri plak yang sedih dan rasa bersalah teramat.. (yang ni serius penat...) sedangkan orang lain leh je hepi go lucky.. tak berperasaan apa2 pun dalam hati...
Biologically, manusia ni variasi.. DNA pun lain-lain..
Sesungguhnya, zua tak mahu bermusuhan dengan sesiapa pun. hati takkan boleh tenang.
orang berbudi, kita berbahasa.... orang tak berbudi, kita bersabar.. undurkan diri.. jauhkan.. maafkan..
sebab,
Syurga itu bukan murah nilainya..
KESALAHAN
tidak seharusnya menyalahkan orang lain. satu jari tunjuk orang lain, empat jari lagi????? haha... pada diri sendiri la kan? Bagi zua, kalau orang benggang pada zua, zua sendiri yang memang salah. sebab zua memang selalu buat salah. Memang! bcoz i'm not a good girl n zua kene sangat2 minta maaf... secepat mungkin. buatnya tetibe Izrail dah ready nak tarik nyawa zua, memang dah tak sempat...alahaiiii..... mana nak cari... nauzubillah....
'Maaf dan memaafkan' is the bestestttt gift in a friendship..relationship.. sweet!!
BILA BERMASALAH...
sekurang-kurangnya jagalah keaiban masing-masing. lindungilah...
ceritalah yang benar untuk mengelakkan FITNAH. bukan menceritakan yang tidak benar untuk menghampiri FITNAH.
KASIH SAYANG
saya sayang anda semua dunia wal akhirat....
kerana Allah Taala.
" Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; ...."
(Surah Al-Imran: 134)
Narrated Anas: Allah’s Messenger said, “No one of you becomes true believer until he likes for his brother what he likes for himself.” (Al-Bukhari and Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit..”(Riwayat at-Tabrani)
If you have much, give your wealth; If u have little, give your heart...
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”
(Riwayat Muslim)
Narrated Ibn ‘Umar: Allah’s Messenger said, “A Muslim is a brother of Muslim, he neither wrongs him nor does hand him over to one who does him wrong. If anyone fulfils his brother’s needs, Allah will fulfil his needs; if one relieves a Muslim of his troubles, Allah will relieve his troubles on the Day of Resurrection.”
(Al-Bukhari and Muslim)
kerana Allah Taala.
zua~~
a life WORTH living...
Wednesday, March 11, 2009
bukan malas le~ =)
zua demam + flu + batuk berterusan selama TIGA MINGGU. Adakalanya, zua hanya mampu baring tanpa buat apa2.. perit benar kali ini. Sampaikan empat hari lepas zua tanya pada mak zua, "mak, boleh ke kakak sihat macam dulu?"
Mak zua peluk zua dengan air mata yang bergenang.
TERFIKIR: ntah kenapa zua jatuh sakit sampai macam ni.....~Alhamdulilah
"wa, pegi la klinik. demam lama2 ni kang demam nyamuk...bahaya le wehh!"
"azua! hang ni, pi la MC. kalau aku la...dah sah2 MC. x yah la datang kalau demam cam gini"
"ko biar betui zua, lama benor demamnye... pergi la check betul2.. kot2 chikunguya ke hape ke.."
Alhamdulillah. zua still boleh pergi ke sekolah dan mengajar. hanya itu yang zua selalu doakan.(anak2 murid zua selalu gelakkan zua sepanjang kelas.. speaking sengau sokmo! abis semua words ala2 wajibul ghunnah. berdengung abis..tahap 4-5 haraqat lak tuh..haha.. "idgham maal ghunnah ke ,cikgu?" kuang3x...maaf, sesi bertajwid sekejap.)
BIARPUN DEMAM....
zua tetap gitu-gitu gak.. hu~~
masih bleh je bergumbira handle lawatan kelas Biology ke petrosains,klcc and also ke anatomy museum,UKM,kl. Still maintain je bersorak di tengah padang untuk hari sukan sekolah, di tengah2 panas terik. Ok je takat nak setelkan 3 set soalan (biology form 4,5 and sejarah) untuk Marhalah Ula (Examination 1). Syukur! Alhamdulillah~
tapi penah jugak, zua tersungkur dan tak bangun...
Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w
ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:"Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya..”
(Riwayat Muslim)
"sabar lah, sayang." mak zua sering peluk zua dengan air mata yang bergenang selepas solat.. seolah-olah mak mahu tukarkan dirinya sendiri dengan zua. "mak......"
ya, sabar! Alhamdulillah, skrang dah makin sembuh. Syukur, Ya Rabbi!
zua dah lakukan terlalu banyak dosa. Hopefully, Allah akan ampunkan zua. Apalah sangat demam, selsema, batuk dan keadaan tidak berdaya yang zua alami 3 Minggu ini.. kalau nak bandingkan ngan kesakitan Nabi Ayub a.s yang jauh jauh jauh jauh jauh jauh lebih hebat dari zua, kan? sakit yang menyakitkan.... hilang kesemua yang dimiliki... semua yang dicintai pergi meninggalkannya...seorang. Tapi baginda tetap memuji Pemiliknya tanpa jemu. dan terima semuanya dengan redha. SubhanAllah!
Mohon Ampun, Ya Allah!
kat sini...zua mohon maaf dari kawan2 semua, terutamanya sahabat-sahabat baik zua. walau sebesar bumi ni sekalipun dosa zua pada korang, tapi zua tetap sayang korang. biar sampai bila-bila pun... dunia wal akhirat. trust me! InsyaAllah.
minta maaf ya, semua!
zua~