Tuesday, April 28, 2009

Terima kasih, Aqso& Medina!

(maaf ya...ni agak jiwang sket. =p)


Assalamualaikum!

beberapa hari ini, zua makin gian tengok cerita Aqso & Medina.. pukul 5.30 petang tv9.. dan setiap kali itu lah, hati zua akan rasa sedih.. dan mengingatkan zua dengan teman baik zua,layang-layang.

Apa yang zua dapat dari Aqso & Medina ni sungguh besar. Zua jadi yakin dengan jalan yang zua pilih... dengan apa yang zua usahakan selama ni... dengan apa yang zua dah korbankan.. walaupun hati zua sendiri. Medina & aqso benar2 dah yakinkan zua yang pengorbanan itu indah... kalau benar2 kita inginkan keredhaan Allah di atas apa yang kita korbankan itu, ia akan benar-benar indah!

Dan tak ada satu pengorbanan pun yang tidak akan memeritkan...rite? tapi pengorbanan itu adalah sesuatu yang besar..wonderful..benar-benar indah..
Benar-benar indah.
Seandainya,
hati kita betul2 tulus untuk peluk keredhaan Allah, restu ibu bapa dan kegembiraan orang-orang lain. Sungguh!



***********************************

layang-layang....
zua bangga sangat dengan jalan yang awak pilih. Redha Allah adalah yang paling dicintai melebihi apa2 pun. Dan redha Allah, pada redha ibu bapa kita.. Awak dah pilih jalan yang tepat. zua bangga. zua telah menyayangi orang yang tepat.. Alhamdulillah.

layang-layang...
minta maaf klu zua selalu bersikap kejam. semua tu untuk kebaikan. buka saje suka-suka. kerana Allah. trust me!
maaf...

layang-layang...
saling menyayangi tak beerti akan saling memiliki. Tapi, akan saling mendoakan....kan? Allah juga akan melindungi awak, sentiasa....

zua~
=)


*******************************

Sedihku, sakitku, ku terima...
Ku rela, ku pasrah jalanku....
Ini suratan, aku dicoba...
Demi rahmat-Mu ku memohon...

Yaa Allah, Redhai ketulusan hati..
Yaa Allah, beri aku ketabahan...
Yaa Allah, aku sanggup berkorban....
Demi rahmat-Mu, Yaa Allah!

Yaa Allah, Redhai ketulusan hati...
Yaa Allah, beri aku ketabahan...
Yaa Allah, aku sanggup berkorban...
Demi rahmat-Mu, Yaa Allah!






luv u, Allah... so much.
salam..

Saturday, April 25, 2009

happy birthday, ayah!

Assalamualaikum!

hari ni , 24 april 2009... birthday ayah kesayangan zua..ayah yang terbaik untuk zua!

" Happy Birthday ,ayah! kakak doakan ayah akan bahagia di dunia dan paling penting kat akhirat nanti... Moga Allah akan memberkati ayah. kakak selalu dan sentiasa doakan ayah. u always in my heart...luv u. muahhhhhhhhhhh! "

terima kasih ,ayah.

~kakak@jua~












Wednesday, April 22, 2009

kenangan..

Assalamualaikum!

beberapa ari lepas, tengah2 kusut meeting panitia biology daerah kul 5 ptg untuk PEKA SPM..zua dpt satu msg.
"labu, aku rindu usm! :"

dalam ke'bizi'an zua yang workaholic yang semakin menjadi2, zua plak jadi tersentap... rindu gak kt usm laaaa!!!!!!




Kita kawan! =)


FRIENDSHIP

baru hari ni dpt peluang online after zua balik dr KL... then apa lagik! layannnn...haha..
zua baru je lepas lalu lalang blog kawan2 rapat zua... kawan2 dari Bainun, mrsm tepeng, matrik penang n usm. kadang2 teringin nak tahu citer kawan2.. (wendu kat bff zua la- kakak gagah)

termasuk le blog antara kawan rapat zua, si labuuu! a.k.a muzem. ni la antara manusia yang paling lama sama2 bersekolah ngan zua.. dari tingkatan 1 sampai le ke university.. kat Bainun Ipoh, pastu transfer sama2 ke mrsm tepeng. matrik je yg lain.. tapi last2 masuk U course yg sama. (cam x de muka lain je kat mesia ni...haha....labu, sentap x jiwa hang? kuang3x..)

tapi apa2 pun, si labu ni la antara kawan yang sentiasa tak jemu bagi semangat pada zua untuk trus APPLY, GI MTEST- MEdSI, GI INTERVIEW KPLI-DPLI, WAT RAYUAN etc sejak beberapa tahun yang lalu.. (labu, saya kenang budi ko ni..sila menitiskan air mata,cepat! haha). penah gak kitorang sama2 layan jiwa bile fail interview kpli... Kawan ketawa senang nak cari, kawan menangis..?

tapi ada gak KAWAN BAIK yang bukan sahaja tak menangis bersama2, sebaliknya buat kita selalu menangis pedih! hu~~


MEMORIES..

masa zua usha2 blog si labu ni, terpandang 1 video clip...orchestra muda bainun 97-99. tengok muka kawan2 sekolah masa form 3. tengok Sir Alfred Wong yang memang selalu semamngat. walaupun zua x join orchestra ni,tapi...... rindu~






zua suka orchestra. Dulu, zua selalu curi2 dengar bler lalu depan bilik muzik.zua ingat lagi, masa mula nak daftar masuk bainun...zua merayu2 kat mak ngan ayah nak masuk kelas muzik n mandarin. tapi mak n ayah zua marah n paksa masuk kelas seni dan b.arab... memang zua frust.. coz i love music!

zua slalu berangan nak main piano n violin~~

KAWAN BAIK

tapi dalam Bainun yang glamer dan gilang gemilang ngan music , zua plak dapat hidayah n bertukarrr 'agak baik + skema". zua memang 'kaki surau' kat sana.. nerd je. tak selempang tudung. (masa tu, mmg trend selempang2 tudung...)

Alhamdulillah, satu hari masa zua form 1, zua nak sidai baju kat ampaian belakang hostel, tibe2 zua dengar macam ada orang kat tepi dinding... tengok2 ada sorang kawan kelas sebelah tengah nangis bertinggung sorang2.. zua terus datang n pujuk dia.. HOMESICK! zua pun ikut mennagis sama... trus berjangkit virus homesick tu.. mmg betul2 sick.. hehe..

kawan zua tu anak tok imam. Aidatulakma. Aida satu2nya student kat bainun yang pakai tudung labuh + stokin. lama2, sejak peristiwa nangis tu kami terus jadi kawan baik.. kawan baik. sebab dia memang kawan yang baik.

zua banyak belajar agama dari dia. sebelum masuk bainun ni, zua Free hair.. x pakai tudung kat luar.. jalan2 sana sini pakai short je.. atas lutut lak tu..boyish. then, sejak kawan ngan Aida, zua dah x tanggal tudung lagik.. dan tak selempang tudung sampai selak dada lagi.. Memang perubahan drastik. tapi kehendak zua sendiri. walaupun bukan sekolah agama.

zua belajar jawab azan, solat jemaah, zikir munajat, baca Al-Quran, jadi guru tuisyen takde elaun untuk bahasa Arab, etc... terlalu banyak jasa Aida..

tu la... selalu nya kehidupan dan diri kita memang dipengaruhi oleh 'orang sebelah' kita. Kalau 'orang sebelah' kita ni baik, insyaAllah akan terlekat la gak kebaikan2 yang ada pada diri nya walaupun mungkin tak banyak.. tapi at least, molekul2 debu2 tu ada la gak yang hinggap.

SO, cari lah 'orang sebelah' anda yang baik. pilihlah 'orang sebelah' yang baik.





Daripada Abu Musa al-Asy'ari, radiyallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alayhi
wasallam bersabda:


"Perumpamaan seorang teman yang baik dan seorang teman yang buruk seperti pembawa minyak wangi dan buruh pengepam api. Dengan pembawa minyak wangi, mungkin dia akan beri engkau sebahagian (minyak wangi) daripadanya, atau mungkin engkau akan membeli minyak wangi daripadanya, atau engkau akan nikmati bau yang baik daripadanya. Adapun dengan buruh pengepam api,mungkin dia akan membakar pakaianmu (dengan percikan api yang dipamnya) atau engkau akan mendapat bau busuk daripadanya."
[Riwayat al-Bukhariy dan Muslim]






kredit : http://yapis.blogspot.com/2007/02/pewangi-terbaik.html

kredit : http://muzem.blogdrive.com/



friendship forever!



daaaa~







Thursday, April 16, 2009

sambungan kisah si farrizz..




Assalamualaikum!

zua nak sambung citer entri zua before this- pasal aktiviti comment2 zua ngan student zua , si farris tu.. zua dpt comment lagik.

Don't judge book by its cover.. Zua percaya ayat ni! Hypothesis approved!!! =D

ni comment latest dari farris yang nakal teramat dalam kelas 5 Elektrik 2008 untuk zua... zua nak share kat cni dengan rasa terharu n best.... jap, zua salin tampal jap ye!



" tol la,x kan sy nk tpu pulats..ahaks.skrg ngah kje kat banting
selanggor.pesanan ku kepada guru ku yg trsayang.kih3..jadilah ahli sunnah,dan tingglkn la perbuatan bid..ah..sesungguhnya,agama islam telah sempurna dan tidak perlu di tokok tambah.ckgu,klu rajin bukak buku hadis shahih al..bukhari dan muslim.tgk bab smayang..smyg mengikut sunnah nabi "
by farriz Apr 16, 2009 6:44 PM


Glupppp! terbeliak bijik mata zua dapat comment ni tadi.. serius.
macam bukan dia taip je..
bagi yang kenal dia, rasa tak mungkin dia leh bg comment cmgini.
serius susah nak percaya..
PELIK!

nak nangis rasa!
kalu korang jadi zua, apa korang rasa??

dengan rambut yang sejibik cam otomen taro, dengan muka dia pun ada iras2 mamat 3 line.. ponteng sekolah 2-3 ari seminggu... wat presentation kat depan langsung x dengar sore, isi langsung tarak.. kita bercakap dia pun, cam cakap ngan dinding je.. kat kelas pun lalok semacam je, cam tgh gian pun ada... adehhh.. TAPI, Alhamdulillah!

pelik kan dia ni? weirdO.

tapi hidayah tu milik Allah. hati pun milik Allah.

semua orang BOLEH pilih jalan yang lebih baik... semua orang. trust me!

i'm proud of him.smile.


PELIK SANGAT KE?

agak la!
salah satu dari kisah yang menakjubkan penah berlaku dlm hidup zua.. baru zua sedar, keimanan, ilmu & keikhlasan seseorang tu bukan dinilai pada sekolah agama yang terkenal atau pada kopiah atau tudung labuh atau pada jubah atau pada A yang berderet kat slip exam atau pada ke'terer'an sembang agama2 atau pada buku-buku yang bersepah2 berdebu kat almari... rite?

KEKADANG, yang rugged tu lebih baik... yang berkapcai tu lebih baik... yang sempoi tu kekadang lebih baik.. biarlah selebet pun...
sebab keikhlasan dan kebaikan tak ada pada hati semua orang.

Dont judge a book by its cover ye!

cau cin cauuuu..~~



p/s: To encik farris, teacher mintak maap tau... teacher copy paste comment awak kat cni... sebab teacher suka. =)








Sunday, April 12, 2009

rasa ini.











Assalamualaikum!

zua baru je log in myspace zua..
tetibe je hati zua berbunger2... (dh lame x rase cmgini..hik3x) ala2..bunger2 sakura di tepi tasik tokyo. =p

xde le apa sgt pon..just Student zua kat Sekolah teknik send comment..
jap, zua salin tampal comment tersebut ye!

" teacher,caye x dak xpenah lulus sains dpt B spm.huhu.. "

by farris...

memang tak di nafikan si farris ni mmg antara student yang ternakal pernah zua ajar kat sekolah teknik dulu.. budak vokasional.. kelas 5 Elektrik. zua jadi cikgu ganti ajar Science. cuak gak mula2 amik klas tu... hampir separuh klas fail exam pertengahan tahunn... klas yang memang hyper... 30 orang students.. but, just 4 GIRLS ONLY... so, can u imagine?? haha...

KELAS 5 ELEKTRIK 2008

nilah klas pertama dalam hidup zua yang zua ajar di sekolah... pertama kali memang cuak... mereka ini lah student pertama zua..

haaa...ni la group yang palingggggg nakeiii...

si farris tu yang kt tengah tu.. rambut otomen taro... saddamm n wan..












RASA INI

ntah la...
bler dapat comment itu tadi...hati zua rasa kembang semacam je... (hidung pun sekali kembang gak..kuang3x)
ye lah... kelas ni memang slalu cakap pada zua, diorg tak suka science..diorg x faham apa yg cikgu 'S' ajar.. gluppp..

memang kerek je bahasa budak2 ni... tapi, sekali diorang kerek, 10 kali ganda zua kerek ngan diorang..Gagaga! byk yang zua fikir untuk diorang ni.. sampai tepu gak la orat2 sarap cerebrum belah kanan zua ni dulu... waduh2..

Alhamdulillah...zua dapat gak adapt kan diri zua ngan diorang... n became their friends... Golongan student macam diorang ni memang jenis yang tak boleh dipaksa... tak makan saman kalau bebel panjang2 jambatan sungai nil sekalipun... memang kene main saiko je.. kene amik hati... baru boleh jalannnnnnnn....layannnnn..

Alhamdulillahhhhhh!

zua sentiasa doakan mereka..
insyaAllahh.

~i luv 2 b a teacher~

happy tau bler student2 sendiri berjaya.. n diorang datang kepada kita n bagitau kejayaan diorang dengan rasa yang seronok...rasa yang lebih dari happy... rasa yang susah nak describe kat cini.. rasa ini.. huaaaaaaaaa!


Alhamdulillah...Alhamdulillahh...Terima kasih, Allah!
zua.

Thursday, April 9, 2009

::lepas gian::

Assalamualaikum!

segmen lepas gian kembaliiii!
gian~~ rasa macam lama sangat tak update blog zua ni...

bler dah lamer rak menaip blog ni, rasa macam dah tak reti plak nak ber'blog' ni..adehh..

herm..
apa ye nak tulis?

haha..
no idea.

ok...
tadi, on the way zua nk pegi sekolah, zua terdengar satu lagu baru ni.. lagu mawi ngan kru di radio yang lebih hangat dari biasa....layannnnnnnn..

jom dgr!




very nice le bg zua lagu ni...
kan?


adoii...zua betul2 x de idea le nk tulis apa...
jumpa lagi!



~