Wednesday, July 29, 2009

that what's friends are for...



gambar ni bukanlah gambar saper2...jmp kat internet je.. zua suka gambar ni.


with luv,
zua..

Friday, July 10, 2009

sure ke?

Assalamualaikum!

cepat sangat masa berjalan, kan? x sempat2.. dah bulan Rejab pun.. bumi memang cukup rajin berputar.. Encik Bumi, awak xpenat2 ek? =p

jom puasa esok nak?

x abis ganti pose lagik ke, makcik?? hu3..

puasa rejab le wehhhh!


PUASA REJAB n SYAABAN? RELEVAN KE?

Zua berminat nak share ngan 'anda-anda' semua tentang pose rejab syaaban ni. tahniah pada yang berminat n berusaha untuk beribadah dengan puasa rejab n syaaban dengan niat untuk beribadah kpd Allah. tapi relevan ke? sure ke Nabi penah suruh? wujud ke puasa rejab syaaban ni? Allah terima ke?

well..... kita tahu ibadah yg diterima Allah ada 2 syarat yg paling ptg,rite? 1st, ikhlas kerana Allah. 2nd, mestilah yang disuruh oleh Allah n Nabi.. klu x complete kedua2 ni , camner ek..

zua ada terbaca article Dr. Asri. under tajuk :: Hadis Palsu Rejab, Syaaban ::

zua akan highlight point2 penting kat sini... insyaALLAH, tanpa sebarang editing.. untuk article penuh boleh la klik sendiri kat link ni ya! http://drmaza.com/home/?p=646


PALSU BELAKA?

dari article ::hadis Palsu Rejab,Syaaban:: by Dr.Asri........



Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan
Ramadan bulan umatku.”
Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah,
Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.



Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban
ialah:
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh). Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun dimasjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam."

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.

Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat
panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada
manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan
salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang
menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang
maknanya
.


HERM.....

itu sebahagian dari article Dr.Asri tentang amalan2 di bulan Rejab n Syaaban.. zua arap2 apa yang zua copy paste ni ada manfaat untuk 'anda-anda' semua.. kita share!

Nabi s.a.w. menyebut: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke
atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


ye lah... bile kita memandai je kata sumthing tu sebagai hadith nabi..or nabi penah cakap...bla..bla.. Memang berdosa besar. Guna dan Sebarkan hadis yang PALSU n TAK BETUL sama je macam kita menipu dengan guna nama Nabi saw. MENIPU menggunakan nama nabi tu dah sama macam kita kata Nabi itu Penipu... TERGAMAK??? BERANI ya?

THINK!

istighfarrr...


DR.ASRI

perenggan terakhir Dr.Asri dalam article ni....

"Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan
cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w....."

zua : Ameen!

Pada 'anda-anda', terutamanye ex-student2 Dr.Asri kat USM dulu (se'batch' ngan zua include saudara, saudari dan saudaraiiiii) yang rindu untuk dengar kuliah Dr.Asri... and also kepada semuaaaaaaaa la.... jom usha BAHTERA PERUBAHAN @ Astro OASIS.
dah episode 2.. Setiap JUMAAT pukul 7.30 mlm. Tapi jgn risau kalau ter'miss' ...sebab, biase le Astro kan sokmo ulang ulang ulang dan ulang lagiiiii...biase le Astro...hu3..

Kalau terlepas sebab pegi masjid or baru balik keje leh usha waktu2 ni :
Isnin : 2.30 petang & 12.00 malam
Selasa : 9.00 pagi
Rabu : 1.30 petang & 11.30 malam
Khamis : 7.00 pagi
Jumaat : 2.30 petang
Sabtu : 6.00 petang & 11.30 malam
Ahad : 12.30 tengahari

ok le... untuk baca article penuh, klik link ni ya.. http://drmaza.com/home/?p=646

moga semua ibadah kita akan diterima Allah. dirahmati dan diredhai. amen!
c ya!

with luv, luv n luv;
zua~