Monday, May 25, 2009

cemerlang tang maner?

Assalamualaikum!


musim exam kembali! huhh... dan masuk minggu ke dua..
1st day, 2nd day...memang best sebab x yah ngajar...relax je.
tapi lepas tu, memang boring le plakk... uhukk..


HARI INI

hari ni mood zua baik sket... dok jingjing buku ke sana sini sambil2 jaga exam...kalau tak, asik nyembang je ngan cikgu2 lain... ngan semua orang pun zua sembang je... ( tp byk sembang, byk salahnya..opssss! xsuka2..)

lepak kat dewan ngan buku Dr.Danial yang zua dah beli 3 bulan lepas.. tapi baru 16 pages je baru zua baca... (zua sgt busy... dh jd workaholic ntah ape2... sumer activity zua sebok2 join.. smpikan mak pun dh sound...hu~ asalkan bahagia cukuplah..)

SENTAP SEY....

tibe2 ada sorang cikgu yang muda dari zua ni rampas buku tu... "Cemerlang??? Kak zua, cemerlang?????? " sambil2 dia wat muka pelik dan senyum sinis...

zua pandang dia... zua x cakap apa2... ada 2 perasaan. kecik hati. dan kecik hati.

zua malas nk layan perasaan busuk hati zua... zua pun g sembang ngan cikgu lain.. ilang mood baca buku...
biarlah......

dalam hati : memang zua tak penah cemerlang pun... silap.. 'kurang cemerlang',ok! Herm..no wonder la klu zua perlukan buku 'cemerlang' tu...kan?hu~



Ni buku yang zua beli tu...




baru 16 page je yg zua baca... tapi ada gak zua selak2 page2 belakang yang macam best... just scan gitu2..

Tip-Tips Cemerlang dari Al-Quran by Dr.Danial a.k.a Harun Yahya Malaysia...hehe.. zua memang kagum n suka sesangat2 ngan Dr. Danial n Harun Yahya... zua suka science yang di'islam'kan.. sebab zua pun involve ngan life science..tp sebab zua ni memang 'kurang cemerlang', so jadilah seorang botanist yang tak jadi botanist..

tapi as a teacher, zua leh didik lebih ramaiiiii botanistt....zoologist...pathologisttt....scientistttt...doctorsss.... syukur je! ibarat tagline buku ni "jadilah arus yang mampu mengubah suasana!"

i always believe that....

kita leh cemerlang walau siapa pun kita.

BUKU INI

Zua beli buku ni kat TESCO.. dah 3 bulan lebih..tapi x abis2 baca lagi... moga kelapangan minggu exam ni dapat bg masa untuk zua khatam buku ni..

dari apa yang zua belek2... buku ni sgt2 bagus untuk muslim/ah..

iman, ilmu, taqwa, sabar, amanah, ihsan, ikhlas, syukur, ibadah, time management, emotion, team work, communication, technology, health etc - semua2 ni bergabung menjadi CEMERLANG! ....thru Al-Quran...

bunyi macam hebat , rite? mmg great!!!



ok le.... zua pun x khatam betui2 lagik... xleh le nak gebang panjang2..
nnti zua citer lagik ya..
tapi zua nak pomot buku ni kat korang... Belilahhhhhhhhhhhhhhh!!!


'Jadilah arus yang mampu mengubah suasana!'

Assalamualaikum!
=)













Sunday, May 17, 2009

Camat Ari Guru!

Assalamualaikum!

16 MEI 2009. tahun ni 1st time zua celebrate hari guru sebagai seorang cikgu.
best!

thanks sangat pada anak2 murid zua yang bagi hadiah. pen,notebook,sejadah,bekas encet pink,frame,kek,souvenir2 comel...juga sebiji epal yang paling manis dan sedap!!

dan juga puluhan salaman, pelukan dan ciuman! Thanks!!!!

sayang korang!

TERIMA KASIH, CIKGU!

zua dapat sms yang banyak dari kawan-kawan zua... wish 'happy teacher day'! thanks a lots.. zua pun send byk sms pada kawan2 zua sendiri yang baru zua sedar ramai gler yang telah pun menjadi cikgu... Teachers_84 Club!! ha3x.

tapi ada satu sms yang betul2 terkesan di hati zua... dari ustaz kesayangan zua sendiri... Ustaz Asta Zawawi....

:: Wah bila dgr berita mcm ni mmg berbaloi pgorbanan kita sbg guru, ustz. tlg kirm salam kpd azwa jika dia ingat saya. hehe :: sender>ustaz asta

:: saper yang msg tu ustaz.. ustaz frwd msg dari sape? :: sender > zua

:: kawan baik saya, miss lim :: sender > ustaz asta

Miss Lim! cikgu Koop kat Bainun Ipoh. dari zua form 2 lagi... Dia dapat tahu zua jd cikgu dari ustaz Asta.. tak sangka akan ada orang yang bangga ngan zua sebagai seorang cikgu... bukan seorang doktor, engineer, scientist or lawyer..... hanya seorang cikgu di sebuah sekolah agama rakyat sahaja...

zua rasa zua berjaya walhal sebelum ni, zua tak penah rasa zua berjaya dalam bidang akademik or career... sering kecewa dan gagal.. gagal dlm exam,interview tu dh jadi perkara wajib dan agenda tahunan dalam takwim tahunan zua.

Terima kasih, cikgu! Terima kasih, ustaz!
Saya rasa saya berjaya.
berjaya kerana cikgu saya bangga ngan saya...
sweet!

KAMI GURU MALAYSIA

sambutan hari guru kat madrasah sangat meriah. happening!

tapi bile kene nyanyi lagu wajib hari guru, zua blur...haha..
xtau lyric...
cikgu2 lain dok nyanyi... zua meriahkan dengan tepuk tgn paling kuat... hehe..

SElAMAT HARI GURU

untuk semua cikgu-cikgu, ustaz ustazah & sir-teachers zua yang mendidik zua dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan universiti..... terima kasih!!!!!

maafkan zua yang memang nakal...
halalkan semua ilmu, dorongan, sokongan dan nasihat...

salam..

~zua~

Monday, May 11, 2009

Malasnyew! ~

Assalamualaikum!

Malasnyerrrrrr!!

MALAS

I

"kak zua, jom la mandi sungai..bila lagi nak merasa.."

"malaslah..nak basahkan baju.."

( sebab zua tak rasa nak mandi sungai... )


II

"zua, bler nak pegi PPD nyer? jom la pegi ari ni.."

"malaslah hari ni, byk klas.."

( sebabnya zua nak prepare untuk experiment PEKA SPM tengah hari tu...)


III

"zua, apasal kelas tuisyen hang buat sikit sangat bulan ni? iskkk.."

"macam malas sket... banyak program bulan ni nak kene kejar.."

(sebenarnya zua terlalu sibuk pergi kem etc dan kebetulan banyak sangat cuti balik kampung bulan lepas. Dan satu lagi, memang kadang2 zua rasa MALAS nak wat sebab dah 3 kali zua datang tuisyen, tapi yang datang x sampai separuh kelas pun.... itu pun setelah menunggu selama 15 minit... Maaf, cikgu dah rasa sedikit malas~ )


IV

" zua, ko handle dewan untuk ihtifal kan? tak tukar langsir baru ke?.. pemalas btol! hehe..."

" memang malas pun, akak....pakai je yg lama tu..hehe"

(sebenarnya zua dah discuss ngan pihak pengurusan sekolah, memang x da peruntukan..x cukup baget)


V

" kak zua, jom la teman pi opis jap..."

"malas la nak naik tangga....."

( haaa! yang ni memang zua yg malas! kih3...)


PEMALAS KAH?

Malas ni ada orang kata penyakit.. ingat lagi masa kat sekolah rendah, cikgu zua (cikgu R) selalu marah2 kawan zua yang memang malas n tak penah siapkan kerja sekolah. cikgu R selalu cakap, "ni la dia penyakit M.. bukannya tak pandai, tapi kalau dah ada penyakit M memang cikgu dah tak boleh wat apa dah... cubalah buangkan penyakit ni..."

Hehe... (maaf cikgu, saya ajuk cakap cikgu! )


tapi kadang2, bagi diri zua sendiri... zua akan gunakan perkataan MALAS ni sebagai alasan .. kalau zua tak nak or tak brape rela nak buat sesuatu tu. Better cakap MALAS dari TAKNAK....
hehe..

KENE SEMBUR

satu hari, kawan zua (CH) tibe2 sembur zua, setelah zua berdolak dalih nak ikut kehendak dia...... "kak zua, Malas tu kubur bagi orang yang hidup!"
Kubur?? mak aiiiiiiii... brutal benor ayat minah sorang ni.. haha..kalau merajuk sekalipun...hehe..

sejak tu, tiap kali zua memberi alasan zua malas, zua akan ulang ayat ni kuat2 dalam bilik guru dan di mana2...
MALAS ADALAH KUBUR BAGI ORANG YANG HIDUP!

Semangat!


zua nak share kat cni, ayat dari ustaz Zaharuddin.... dari article beliau: Jangan Hidup Sambil Mati.

" Memperbanyak fikir berkenaan mati akan menghidupkan seseorang, kegagalan berfikir tentangnya akan mematikannya. "


renung-renungkan dan selamat ber'RAJIN'!
cau cin cau

zua~


kredit : http://www.zaharuddin.net/content/view/820/72/