gambar ni bukanlah gambar saper2...jmp kat internet je.. zua suka gambar ni.
with luv,
zua..
a life worth living...
gambar ni bukanlah gambar saper2...jmp kat internet je.. zua suka gambar ni.
with luv,
zua..
Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan
Ramadan bulan umatku.”
Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah,
Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban
ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh). Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun dimasjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam."
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat
panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada
manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan
salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang
menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang
maknanya.
HERM.....
itu sebahagian dari article Dr.Asri tentang amalan2 di bulan Rejab n Syaaban.. zua arap2 apa yang zua copy paste ni ada manfaat untuk 'anda-anda' semua.. kita share!
Nabi s.a.w. menyebut: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke
atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
ye lah... bile kita memandai je kata sumthing tu sebagai hadith nabi..or nabi penah cakap...bla..bla.. Memang berdosa besar. Guna dan Sebarkan hadis yang PALSU n TAK BETUL sama je macam kita menipu dengan guna nama Nabi saw. MENIPU menggunakan nama nabi tu dah sama macam kita kata Nabi itu Penipu... TERGAMAK??? BERANI ya?
THINK!
istighfarrr...
DR.ASRI
perenggan terakhir Dr.Asri dalam article ni....
"Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan
cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w....."