Friday, July 10, 2009

sure ke?

Assalamualaikum!

cepat sangat masa berjalan, kan? x sempat2.. dah bulan Rejab pun.. bumi memang cukup rajin berputar.. Encik Bumi, awak xpenat2 ek? =p

jom puasa esok nak?

x abis ganti pose lagik ke, makcik?? hu3..

puasa rejab le wehhhh!


PUASA REJAB n SYAABAN? RELEVAN KE?

Zua berminat nak share ngan 'anda-anda' semua tentang pose rejab syaaban ni. tahniah pada yang berminat n berusaha untuk beribadah dengan puasa rejab n syaaban dengan niat untuk beribadah kpd Allah. tapi relevan ke? sure ke Nabi penah suruh? wujud ke puasa rejab syaaban ni? Allah terima ke?

well..... kita tahu ibadah yg diterima Allah ada 2 syarat yg paling ptg,rite? 1st, ikhlas kerana Allah. 2nd, mestilah yang disuruh oleh Allah n Nabi.. klu x complete kedua2 ni , camner ek..

zua ada terbaca article Dr. Asri. under tajuk :: Hadis Palsu Rejab, Syaaban ::

zua akan highlight point2 penting kat sini... insyaALLAH, tanpa sebarang editing.. untuk article penuh boleh la klik sendiri kat link ni ya! http://drmaza.com/home/?p=646


PALSU BELAKA?

dari article ::hadis Palsu Rejab,Syaaban:: by Dr.Asri........



Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan
Ramadan bulan umatku.”
Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah,
Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.



Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban
ialah:
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh). Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun dimasjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam."

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.

Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat
panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada
manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan
salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang
menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang
maknanya
.


HERM.....

itu sebahagian dari article Dr.Asri tentang amalan2 di bulan Rejab n Syaaban.. zua arap2 apa yang zua copy paste ni ada manfaat untuk 'anda-anda' semua.. kita share!

Nabi s.a.w. menyebut: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke
atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


ye lah... bile kita memandai je kata sumthing tu sebagai hadith nabi..or nabi penah cakap...bla..bla.. Memang berdosa besar. Guna dan Sebarkan hadis yang PALSU n TAK BETUL sama je macam kita menipu dengan guna nama Nabi saw. MENIPU menggunakan nama nabi tu dah sama macam kita kata Nabi itu Penipu... TERGAMAK??? BERANI ya?

THINK!

istighfarrr...


DR.ASRI

perenggan terakhir Dr.Asri dalam article ni....

"Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan
cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w....."

zua : Ameen!

Pada 'anda-anda', terutamanye ex-student2 Dr.Asri kat USM dulu (se'batch' ngan zua include saudara, saudari dan saudaraiiiii) yang rindu untuk dengar kuliah Dr.Asri... and also kepada semuaaaaaaaa la.... jom usha BAHTERA PERUBAHAN @ Astro OASIS.
dah episode 2.. Setiap JUMAAT pukul 7.30 mlm. Tapi jgn risau kalau ter'miss' ...sebab, biase le Astro kan sokmo ulang ulang ulang dan ulang lagiiiii...biase le Astro...hu3..

Kalau terlepas sebab pegi masjid or baru balik keje leh usha waktu2 ni :
Isnin : 2.30 petang & 12.00 malam
Selasa : 9.00 pagi
Rabu : 1.30 petang & 11.30 malam
Khamis : 7.00 pagi
Jumaat : 2.30 petang
Sabtu : 6.00 petang & 11.30 malam
Ahad : 12.30 tengahari

ok le... untuk baca article penuh, klik link ni ya.. http://drmaza.com/home/?p=646

moga semua ibadah kita akan diterima Allah. dirahmati dan diredhai. amen!
c ya!

with luv, luv n luv;
zua~

Wednesday, June 17, 2009

sayangilah...

Assalamualaikum!

zua sangat2 berharap 'anda' dapat tengok n hayati nasyid ni...ya?

lagu untuk kem motivasi form 5 untuk students zua @ madrasah idrisiah..
1st time dgr, mmg zua sndiri pun nanges sama2 ngan diorg...
2nd time pun nanges gak..
3rd time pun..
T_T



SYURGA

sentiasa doakan yg terbaikkk untuk mak dan ayah walau apa2 pun.. Moga kita mnjadi anak yang soleh/ah..penyejuk hati mereka..amen..amen ya Rabb..

ini lah 'cinta tanpa syarat'!!

cinta di hati mereka, selalunya yang ada hanya 'Give' tanpa 'Take'...



sayangilah.. doakanlah..

with luv, luv n luv;
zua~

Assalamualaikum!





Tuesday, June 16, 2009

dia demam..

Assalamualaikum!

Anak angkat zua demam...
selsema..
asik nak nanges je..
herm...
='(


my beloved...fiqah..
Afiqah.


luv u so muchhhh, my dear..muah.muahh.muah..


zua~

Tuesday, June 9, 2009

Zua's destination ~ Cuti2Malaysia1

Assalamualaikum,semuaaa!


Cuti-cuti Malaysia.. Jom!

Kepok lekor, batik ghanu, songket & bykkkk lg..
senyum sokmo deh...
makangg ikanggg jom!
zua nak share some pics from my collection..during my holiday trip @ Terengghanu!
2-4 June 09~


Lets ZOOOOOOOM ngan zua!
Wink! ~




MUZIUM TERENGGANU

Muzium terbesar di Malaysia... @ Kuala Terengganu...memang betul2 besaq! zua pun x abis pusing sebab lenguh kaki.. tiket just RM2 for adult n RM1 for child (Malaysian).. klu pendatang asing, harga lain la yer..
yang best nyer muzium ni betul2 mesra alam. ada lanskap yang sangat cantik ala2 yang kita selalu ushar dalam citer kung fu cina.. ada kolam ikan ngan titi yang banyak yang connect dari satu bangunan ke bangunan lain.

main building.. Muzium Ghanu


kolam bawah tu banyak sangat ikan! geram tgk!

ada banyak Galeri.. galeri diRaja... galeri Kraf... galeri Islam... galeri tekstil (songket,batik dan byk lagi jenis2 kain yang zua sendiri pun tak terhafal)... galeri sejarah (kat sini ada macam gua dan batu bersurat tapi yang tiruan la)... galeri petroleum... galeri senjata... banyak,kan? sejam memang tak cukup... and hati2, kat sini leh tgk mayat dalam kubur! =p


MASJID CRYSTAL

Masjid kristal. herm... x reti nak comment apa pasai masjid ni.. tapi dari apa yang mata zua nampak, masjid di buat dari kaca.. because i'm not sure is it really2 crystal.. sbb nampak macam kaca biasa.. tapi cantik!

pandangan dari jauh...



dah tak berapa jauh...


dah sampai!

NOOR ARFA BATIK

best shopping baju n segala mende yang berbatikkkk.... dari kain semurah 4 hengget 5posen semeter sampai le ke tahap baju datin2...



ni demo untuk batik yang dicop.. cop ke cap ek??

abang hencem sorang ni tengah tunjuk cara mencanting batik.. (asalnye nk tgkp gmbar batik tu je, tapi tertangkap gmbr abang ni plak..isk..isk...har3)



PANTAI @ PENARIK, GHANU

Anda boleh menikmati keenakan sotong goreng yang sangat best di sini! sambil menikmati angin laut di tepi pantai yang bersih.... (dah macam pengacara Majalah3 lak..har3) tapi seriusly, best! laut kat sini nyaman gler!


::damai::


SubhanaAllah!!!

na..na..na..na..na..ganu kite!

Jalan-jalan....byk berjalan, luas pengalaman.. byk pengalaman, memang best! enjoy ur holiday! enjoy ur life! hav fun....kita enjoyyy!

Ayuh, Cuti-Cuti Malaysia! segalanya ada di sini! =p

with luv,zua~


Monday, June 1, 2009

B honest~

Assalamulaikum!!


" Honesty pays, but it don't seem to pay enough to suit some people.."

i got this from somewhere... (thanks!)


be honest.
be honest with ur tongue.



herm.. sometimes, the truth just hurts. but its doesnt means that we can tells lies to others... Must always remember that, Allah is hearing us!

HONESTY

Honesty is telling the truth.... am i rite? Telling the truth lets everyone know what really really really happened. There's less chances of misunderstandings, confusion, or conflict. Telling the truth protects innocent people from being blamed or 'dipandang senget'. But, is it really work?? huhhh... so, Think!




For me, honesty is straightforward conduct.... i love to be honest all the ways. But, sometimes lying is the bestesttt approach for protecting someone else...or to help othersss... although its might hurt ourselves. Its might be really hard and hurt! Because we've give the wrong answer. Herm...i hate when i need to lie.

(but zua is a really transparent person.. i can't lie becoz everyone will know when i am lying.. huhhh..)


THE TRUTH IS OUT THERE?


" Allah knows of (the tricks) that deceive with the eyes, and all that the
hearts (of men) conceal ; And Allah will judge with (justice and) Truth: but those whom (men) invoke besides Him, will not (be in a position) to judge at all. Verily it is Allah (alone) Who hears and sees (all things).
"
[ Ghafir, 19-20 ]


LASTLY, Being true not to others BUT to yourself!
coz Allah knows best..



c u then..
zua~

Monday, May 25, 2009

cemerlang tang maner?

Assalamualaikum!


musim exam kembali! huhh... dan masuk minggu ke dua..
1st day, 2nd day...memang best sebab x yah ngajar...relax je.
tapi lepas tu, memang boring le plakk... uhukk..


HARI INI

hari ni mood zua baik sket... dok jingjing buku ke sana sini sambil2 jaga exam...kalau tak, asik nyembang je ngan cikgu2 lain... ngan semua orang pun zua sembang je... ( tp byk sembang, byk salahnya..opssss! xsuka2..)

lepak kat dewan ngan buku Dr.Danial yang zua dah beli 3 bulan lepas.. tapi baru 16 pages je baru zua baca... (zua sgt busy... dh jd workaholic ntah ape2... sumer activity zua sebok2 join.. smpikan mak pun dh sound...hu~ asalkan bahagia cukuplah..)

SENTAP SEY....

tibe2 ada sorang cikgu yang muda dari zua ni rampas buku tu... "Cemerlang??? Kak zua, cemerlang?????? " sambil2 dia wat muka pelik dan senyum sinis...

zua pandang dia... zua x cakap apa2... ada 2 perasaan. kecik hati. dan kecik hati.

zua malas nk layan perasaan busuk hati zua... zua pun g sembang ngan cikgu lain.. ilang mood baca buku...
biarlah......

dalam hati : memang zua tak penah cemerlang pun... silap.. 'kurang cemerlang',ok! Herm..no wonder la klu zua perlukan buku 'cemerlang' tu...kan?hu~



Ni buku yang zua beli tu...




baru 16 page je yg zua baca... tapi ada gak zua selak2 page2 belakang yang macam best... just scan gitu2..

Tip-Tips Cemerlang dari Al-Quran by Dr.Danial a.k.a Harun Yahya Malaysia...hehe.. zua memang kagum n suka sesangat2 ngan Dr. Danial n Harun Yahya... zua suka science yang di'islam'kan.. sebab zua pun involve ngan life science..tp sebab zua ni memang 'kurang cemerlang', so jadilah seorang botanist yang tak jadi botanist..

tapi as a teacher, zua leh didik lebih ramaiiiii botanistt....zoologist...pathologisttt....scientistttt...doctorsss.... syukur je! ibarat tagline buku ni "jadilah arus yang mampu mengubah suasana!"

i always believe that....

kita leh cemerlang walau siapa pun kita.

BUKU INI

Zua beli buku ni kat TESCO.. dah 3 bulan lebih..tapi x abis2 baca lagi... moga kelapangan minggu exam ni dapat bg masa untuk zua khatam buku ni..

dari apa yang zua belek2... buku ni sgt2 bagus untuk muslim/ah..

iman, ilmu, taqwa, sabar, amanah, ihsan, ikhlas, syukur, ibadah, time management, emotion, team work, communication, technology, health etc - semua2 ni bergabung menjadi CEMERLANG! ....thru Al-Quran...

bunyi macam hebat , rite? mmg great!!!



ok le.... zua pun x khatam betui2 lagik... xleh le nak gebang panjang2..
nnti zua citer lagik ya..
tapi zua nak pomot buku ni kat korang... Belilahhhhhhhhhhhhhhh!!!


'Jadilah arus yang mampu mengubah suasana!'

Assalamualaikum!
=)













Sunday, May 17, 2009

Camat Ari Guru!

Assalamualaikum!

16 MEI 2009. tahun ni 1st time zua celebrate hari guru sebagai seorang cikgu.
best!

thanks sangat pada anak2 murid zua yang bagi hadiah. pen,notebook,sejadah,bekas encet pink,frame,kek,souvenir2 comel...juga sebiji epal yang paling manis dan sedap!!

dan juga puluhan salaman, pelukan dan ciuman! Thanks!!!!

sayang korang!

TERIMA KASIH, CIKGU!

zua dapat sms yang banyak dari kawan-kawan zua... wish 'happy teacher day'! thanks a lots.. zua pun send byk sms pada kawan2 zua sendiri yang baru zua sedar ramai gler yang telah pun menjadi cikgu... Teachers_84 Club!! ha3x.

tapi ada satu sms yang betul2 terkesan di hati zua... dari ustaz kesayangan zua sendiri... Ustaz Asta Zawawi....

:: Wah bila dgr berita mcm ni mmg berbaloi pgorbanan kita sbg guru, ustz. tlg kirm salam kpd azwa jika dia ingat saya. hehe :: sender>ustaz asta

:: saper yang msg tu ustaz.. ustaz frwd msg dari sape? :: sender > zua

:: kawan baik saya, miss lim :: sender > ustaz asta

Miss Lim! cikgu Koop kat Bainun Ipoh. dari zua form 2 lagi... Dia dapat tahu zua jd cikgu dari ustaz Asta.. tak sangka akan ada orang yang bangga ngan zua sebagai seorang cikgu... bukan seorang doktor, engineer, scientist or lawyer..... hanya seorang cikgu di sebuah sekolah agama rakyat sahaja...

zua rasa zua berjaya walhal sebelum ni, zua tak penah rasa zua berjaya dalam bidang akademik or career... sering kecewa dan gagal.. gagal dlm exam,interview tu dh jadi perkara wajib dan agenda tahunan dalam takwim tahunan zua.

Terima kasih, cikgu! Terima kasih, ustaz!
Saya rasa saya berjaya.
berjaya kerana cikgu saya bangga ngan saya...
sweet!

KAMI GURU MALAYSIA

sambutan hari guru kat madrasah sangat meriah. happening!

tapi bile kene nyanyi lagu wajib hari guru, zua blur...haha..
xtau lyric...
cikgu2 lain dok nyanyi... zua meriahkan dengan tepuk tgn paling kuat... hehe..

SElAMAT HARI GURU

untuk semua cikgu-cikgu, ustaz ustazah & sir-teachers zua yang mendidik zua dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan universiti..... terima kasih!!!!!

maafkan zua yang memang nakal...
halalkan semua ilmu, dorongan, sokongan dan nasihat...

salam..

~zua~