Wednesday, April 22, 2009

kenangan..

Assalamualaikum!

beberapa ari lepas, tengah2 kusut meeting panitia biology daerah kul 5 ptg untuk PEKA SPM..zua dpt satu msg.
"labu, aku rindu usm! :"

dalam ke'bizi'an zua yang workaholic yang semakin menjadi2, zua plak jadi tersentap... rindu gak kt usm laaaa!!!!!!




Kita kawan! =)


FRIENDSHIP

baru hari ni dpt peluang online after zua balik dr KL... then apa lagik! layannnn...haha..
zua baru je lepas lalu lalang blog kawan2 rapat zua... kawan2 dari Bainun, mrsm tepeng, matrik penang n usm. kadang2 teringin nak tahu citer kawan2.. (wendu kat bff zua la- kakak gagah)

termasuk le blog antara kawan rapat zua, si labuuu! a.k.a muzem. ni la antara manusia yang paling lama sama2 bersekolah ngan zua.. dari tingkatan 1 sampai le ke university.. kat Bainun Ipoh, pastu transfer sama2 ke mrsm tepeng. matrik je yg lain.. tapi last2 masuk U course yg sama. (cam x de muka lain je kat mesia ni...haha....labu, sentap x jiwa hang? kuang3x..)

tapi apa2 pun, si labu ni la antara kawan yang sentiasa tak jemu bagi semangat pada zua untuk trus APPLY, GI MTEST- MEdSI, GI INTERVIEW KPLI-DPLI, WAT RAYUAN etc sejak beberapa tahun yang lalu.. (labu, saya kenang budi ko ni..sila menitiskan air mata,cepat! haha). penah gak kitorang sama2 layan jiwa bile fail interview kpli... Kawan ketawa senang nak cari, kawan menangis..?

tapi ada gak KAWAN BAIK yang bukan sahaja tak menangis bersama2, sebaliknya buat kita selalu menangis pedih! hu~~


MEMORIES..

masa zua usha2 blog si labu ni, terpandang 1 video clip...orchestra muda bainun 97-99. tengok muka kawan2 sekolah masa form 3. tengok Sir Alfred Wong yang memang selalu semamngat. walaupun zua x join orchestra ni,tapi...... rindu~






zua suka orchestra. Dulu, zua selalu curi2 dengar bler lalu depan bilik muzik.zua ingat lagi, masa mula nak daftar masuk bainun...zua merayu2 kat mak ngan ayah nak masuk kelas muzik n mandarin. tapi mak n ayah zua marah n paksa masuk kelas seni dan b.arab... memang zua frust.. coz i love music!

zua slalu berangan nak main piano n violin~~

KAWAN BAIK

tapi dalam Bainun yang glamer dan gilang gemilang ngan music , zua plak dapat hidayah n bertukarrr 'agak baik + skema". zua memang 'kaki surau' kat sana.. nerd je. tak selempang tudung. (masa tu, mmg trend selempang2 tudung...)

Alhamdulillah, satu hari masa zua form 1, zua nak sidai baju kat ampaian belakang hostel, tibe2 zua dengar macam ada orang kat tepi dinding... tengok2 ada sorang kawan kelas sebelah tengah nangis bertinggung sorang2.. zua terus datang n pujuk dia.. HOMESICK! zua pun ikut mennagis sama... trus berjangkit virus homesick tu.. mmg betul2 sick.. hehe..

kawan zua tu anak tok imam. Aidatulakma. Aida satu2nya student kat bainun yang pakai tudung labuh + stokin. lama2, sejak peristiwa nangis tu kami terus jadi kawan baik.. kawan baik. sebab dia memang kawan yang baik.

zua banyak belajar agama dari dia. sebelum masuk bainun ni, zua Free hair.. x pakai tudung kat luar.. jalan2 sana sini pakai short je.. atas lutut lak tu..boyish. then, sejak kawan ngan Aida, zua dah x tanggal tudung lagik.. dan tak selempang tudung sampai selak dada lagi.. Memang perubahan drastik. tapi kehendak zua sendiri. walaupun bukan sekolah agama.

zua belajar jawab azan, solat jemaah, zikir munajat, baca Al-Quran, jadi guru tuisyen takde elaun untuk bahasa Arab, etc... terlalu banyak jasa Aida..

tu la... selalu nya kehidupan dan diri kita memang dipengaruhi oleh 'orang sebelah' kita. Kalau 'orang sebelah' kita ni baik, insyaAllah akan terlekat la gak kebaikan2 yang ada pada diri nya walaupun mungkin tak banyak.. tapi at least, molekul2 debu2 tu ada la gak yang hinggap.

SO, cari lah 'orang sebelah' anda yang baik. pilihlah 'orang sebelah' yang baik.





Daripada Abu Musa al-Asy'ari, radiyallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alayhi
wasallam bersabda:


"Perumpamaan seorang teman yang baik dan seorang teman yang buruk seperti pembawa minyak wangi dan buruh pengepam api. Dengan pembawa minyak wangi, mungkin dia akan beri engkau sebahagian (minyak wangi) daripadanya, atau mungkin engkau akan membeli minyak wangi daripadanya, atau engkau akan nikmati bau yang baik daripadanya. Adapun dengan buruh pengepam api,mungkin dia akan membakar pakaianmu (dengan percikan api yang dipamnya) atau engkau akan mendapat bau busuk daripadanya."
[Riwayat al-Bukhariy dan Muslim]






kredit : http://yapis.blogspot.com/2007/02/pewangi-terbaik.html

kredit : http://muzem.blogdrive.com/



friendship forever!



daaaa~







6 comments:

pali said...

salams, betul tu zua, kawan itu berharga, kalau boleh biar bersahabat hingga ke syurga..

aku sampai la ni pun tak pakai tudung.. apa nak jadi tak tahu.. sedangkan ramai kawan2 yang pakai tudung @ tudung labuh..

SAT.. EHH??????

(hahahahaha)

zua jelita said...

mu ni biar benar, pali! ceh... ada ati nak pakai tudung! kalu mu pakai tudung, saye lariiiii dulu eh... hahaha!

muzem kacak giler said...

Labu.. :-( terharu aku bace entry ko ni.. Yaa.. Aku pun rindu sangat kat kengkawan.. Rindu ya amat. Sampai aku lupe yg 'rindu' itu bukan milik aku lagi..

zua jelita said...

labuuuuuuuuuuu!!

poyo gler ko! sejak bler pandai menggatal guner nickname baru ni? 'muzem kacak giler' konon! hahaha


yang benar,
zua jelita giler

Anonymous said...

tapi ada gak KAWAN BAIK yang bukan sahaja tak menangis bersama2, sebaliknya buat kita selalu menangis pedih! hu~~



-------------------------------------
jika ada manusia seperti ini,semoga ditunjuki jalan yang benar& semoga Allah mengampunkan dia.telalu kejam.

zua jelita said...

bukan kejam, tapi dia terlupa...
=)