Wednesday, April 22, 2009

kenangan..

Assalamualaikum!

beberapa ari lepas, tengah2 kusut meeting panitia biology daerah kul 5 ptg untuk PEKA SPM..zua dpt satu msg.
"labu, aku rindu usm! :"

dalam ke'bizi'an zua yang workaholic yang semakin menjadi2, zua plak jadi tersentap... rindu gak kt usm laaaa!!!!!!




Kita kawan! =)


FRIENDSHIP

baru hari ni dpt peluang online after zua balik dr KL... then apa lagik! layannnn...haha..
zua baru je lepas lalu lalang blog kawan2 rapat zua... kawan2 dari Bainun, mrsm tepeng, matrik penang n usm. kadang2 teringin nak tahu citer kawan2.. (wendu kat bff zua la- kakak gagah)

termasuk le blog antara kawan rapat zua, si labuuu! a.k.a muzem. ni la antara manusia yang paling lama sama2 bersekolah ngan zua.. dari tingkatan 1 sampai le ke university.. kat Bainun Ipoh, pastu transfer sama2 ke mrsm tepeng. matrik je yg lain.. tapi last2 masuk U course yg sama. (cam x de muka lain je kat mesia ni...haha....labu, sentap x jiwa hang? kuang3x..)

tapi apa2 pun, si labu ni la antara kawan yang sentiasa tak jemu bagi semangat pada zua untuk trus APPLY, GI MTEST- MEdSI, GI INTERVIEW KPLI-DPLI, WAT RAYUAN etc sejak beberapa tahun yang lalu.. (labu, saya kenang budi ko ni..sila menitiskan air mata,cepat! haha). penah gak kitorang sama2 layan jiwa bile fail interview kpli... Kawan ketawa senang nak cari, kawan menangis..?

tapi ada gak KAWAN BAIK yang bukan sahaja tak menangis bersama2, sebaliknya buat kita selalu menangis pedih! hu~~


MEMORIES..

masa zua usha2 blog si labu ni, terpandang 1 video clip...orchestra muda bainun 97-99. tengok muka kawan2 sekolah masa form 3. tengok Sir Alfred Wong yang memang selalu semamngat. walaupun zua x join orchestra ni,tapi...... rindu~






zua suka orchestra. Dulu, zua selalu curi2 dengar bler lalu depan bilik muzik.zua ingat lagi, masa mula nak daftar masuk bainun...zua merayu2 kat mak ngan ayah nak masuk kelas muzik n mandarin. tapi mak n ayah zua marah n paksa masuk kelas seni dan b.arab... memang zua frust.. coz i love music!

zua slalu berangan nak main piano n violin~~

KAWAN BAIK

tapi dalam Bainun yang glamer dan gilang gemilang ngan music , zua plak dapat hidayah n bertukarrr 'agak baik + skema". zua memang 'kaki surau' kat sana.. nerd je. tak selempang tudung. (masa tu, mmg trend selempang2 tudung...)

Alhamdulillah, satu hari masa zua form 1, zua nak sidai baju kat ampaian belakang hostel, tibe2 zua dengar macam ada orang kat tepi dinding... tengok2 ada sorang kawan kelas sebelah tengah nangis bertinggung sorang2.. zua terus datang n pujuk dia.. HOMESICK! zua pun ikut mennagis sama... trus berjangkit virus homesick tu.. mmg betul2 sick.. hehe..

kawan zua tu anak tok imam. Aidatulakma. Aida satu2nya student kat bainun yang pakai tudung labuh + stokin. lama2, sejak peristiwa nangis tu kami terus jadi kawan baik.. kawan baik. sebab dia memang kawan yang baik.

zua banyak belajar agama dari dia. sebelum masuk bainun ni, zua Free hair.. x pakai tudung kat luar.. jalan2 sana sini pakai short je.. atas lutut lak tu..boyish. then, sejak kawan ngan Aida, zua dah x tanggal tudung lagik.. dan tak selempang tudung sampai selak dada lagi.. Memang perubahan drastik. tapi kehendak zua sendiri. walaupun bukan sekolah agama.

zua belajar jawab azan, solat jemaah, zikir munajat, baca Al-Quran, jadi guru tuisyen takde elaun untuk bahasa Arab, etc... terlalu banyak jasa Aida..

tu la... selalu nya kehidupan dan diri kita memang dipengaruhi oleh 'orang sebelah' kita. Kalau 'orang sebelah' kita ni baik, insyaAllah akan terlekat la gak kebaikan2 yang ada pada diri nya walaupun mungkin tak banyak.. tapi at least, molekul2 debu2 tu ada la gak yang hinggap.

SO, cari lah 'orang sebelah' anda yang baik. pilihlah 'orang sebelah' yang baik.





Daripada Abu Musa al-Asy'ari, radiyallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alayhi
wasallam bersabda:


"Perumpamaan seorang teman yang baik dan seorang teman yang buruk seperti pembawa minyak wangi dan buruh pengepam api. Dengan pembawa minyak wangi, mungkin dia akan beri engkau sebahagian (minyak wangi) daripadanya, atau mungkin engkau akan membeli minyak wangi daripadanya, atau engkau akan nikmati bau yang baik daripadanya. Adapun dengan buruh pengepam api,mungkin dia akan membakar pakaianmu (dengan percikan api yang dipamnya) atau engkau akan mendapat bau busuk daripadanya."
[Riwayat al-Bukhariy dan Muslim]






kredit : http://yapis.blogspot.com/2007/02/pewangi-terbaik.html

kredit : http://muzem.blogdrive.com/



friendship forever!



daaaa~







Thursday, April 16, 2009

sambungan kisah si farrizz..




Assalamualaikum!

zua nak sambung citer entri zua before this- pasal aktiviti comment2 zua ngan student zua , si farris tu.. zua dpt comment lagik.

Don't judge book by its cover.. Zua percaya ayat ni! Hypothesis approved!!! =D

ni comment latest dari farris yang nakal teramat dalam kelas 5 Elektrik 2008 untuk zua... zua nak share kat cni dengan rasa terharu n best.... jap, zua salin tampal jap ye!



" tol la,x kan sy nk tpu pulats..ahaks.skrg ngah kje kat banting
selanggor.pesanan ku kepada guru ku yg trsayang.kih3..jadilah ahli sunnah,dan tingglkn la perbuatan bid..ah..sesungguhnya,agama islam telah sempurna dan tidak perlu di tokok tambah.ckgu,klu rajin bukak buku hadis shahih al..bukhari dan muslim.tgk bab smayang..smyg mengikut sunnah nabi "
by farriz Apr 16, 2009 6:44 PM


Glupppp! terbeliak bijik mata zua dapat comment ni tadi.. serius.
macam bukan dia taip je..
bagi yang kenal dia, rasa tak mungkin dia leh bg comment cmgini.
serius susah nak percaya..
PELIK!

nak nangis rasa!
kalu korang jadi zua, apa korang rasa??

dengan rambut yang sejibik cam otomen taro, dengan muka dia pun ada iras2 mamat 3 line.. ponteng sekolah 2-3 ari seminggu... wat presentation kat depan langsung x dengar sore, isi langsung tarak.. kita bercakap dia pun, cam cakap ngan dinding je.. kat kelas pun lalok semacam je, cam tgh gian pun ada... adehhh.. TAPI, Alhamdulillah!

pelik kan dia ni? weirdO.

tapi hidayah tu milik Allah. hati pun milik Allah.

semua orang BOLEH pilih jalan yang lebih baik... semua orang. trust me!

i'm proud of him.smile.


PELIK SANGAT KE?

agak la!
salah satu dari kisah yang menakjubkan penah berlaku dlm hidup zua.. baru zua sedar, keimanan, ilmu & keikhlasan seseorang tu bukan dinilai pada sekolah agama yang terkenal atau pada kopiah atau tudung labuh atau pada jubah atau pada A yang berderet kat slip exam atau pada ke'terer'an sembang agama2 atau pada buku-buku yang bersepah2 berdebu kat almari... rite?

KEKADANG, yang rugged tu lebih baik... yang berkapcai tu lebih baik... yang sempoi tu kekadang lebih baik.. biarlah selebet pun...
sebab keikhlasan dan kebaikan tak ada pada hati semua orang.

Dont judge a book by its cover ye!

cau cin cauuuu..~~



p/s: To encik farris, teacher mintak maap tau... teacher copy paste comment awak kat cni... sebab teacher suka. =)








Sunday, April 12, 2009

rasa ini.











Assalamualaikum!

zua baru je log in myspace zua..
tetibe je hati zua berbunger2... (dh lame x rase cmgini..hik3x) ala2..bunger2 sakura di tepi tasik tokyo. =p

xde le apa sgt pon..just Student zua kat Sekolah teknik send comment..
jap, zua salin tampal comment tersebut ye!

" teacher,caye x dak xpenah lulus sains dpt B spm.huhu.. "

by farris...

memang tak di nafikan si farris ni mmg antara student yang ternakal pernah zua ajar kat sekolah teknik dulu.. budak vokasional.. kelas 5 Elektrik. zua jadi cikgu ganti ajar Science. cuak gak mula2 amik klas tu... hampir separuh klas fail exam pertengahan tahunn... klas yang memang hyper... 30 orang students.. but, just 4 GIRLS ONLY... so, can u imagine?? haha...

KELAS 5 ELEKTRIK 2008

nilah klas pertama dalam hidup zua yang zua ajar di sekolah... pertama kali memang cuak... mereka ini lah student pertama zua..

haaa...ni la group yang palingggggg nakeiii...

si farris tu yang kt tengah tu.. rambut otomen taro... saddamm n wan..












RASA INI

ntah la...
bler dapat comment itu tadi...hati zua rasa kembang semacam je... (hidung pun sekali kembang gak..kuang3x)
ye lah... kelas ni memang slalu cakap pada zua, diorg tak suka science..diorg x faham apa yg cikgu 'S' ajar.. gluppp..

memang kerek je bahasa budak2 ni... tapi, sekali diorang kerek, 10 kali ganda zua kerek ngan diorang..Gagaga! byk yang zua fikir untuk diorang ni.. sampai tepu gak la orat2 sarap cerebrum belah kanan zua ni dulu... waduh2..

Alhamdulillah...zua dapat gak adapt kan diri zua ngan diorang... n became their friends... Golongan student macam diorang ni memang jenis yang tak boleh dipaksa... tak makan saman kalau bebel panjang2 jambatan sungai nil sekalipun... memang kene main saiko je.. kene amik hati... baru boleh jalannnnnnnn....layannnnn..

Alhamdulillahhhhhh!

zua sentiasa doakan mereka..
insyaAllahh.

~i luv 2 b a teacher~

happy tau bler student2 sendiri berjaya.. n diorang datang kepada kita n bagitau kejayaan diorang dengan rasa yang seronok...rasa yang lebih dari happy... rasa yang susah nak describe kat cini.. rasa ini.. huaaaaaaaaa!


Alhamdulillah...Alhamdulillahh...Terima kasih, Allah!
zua.

Thursday, April 9, 2009

::lepas gian::

Assalamualaikum!

segmen lepas gian kembaliiii!
gian~~ rasa macam lama sangat tak update blog zua ni...

bler dah lamer rak menaip blog ni, rasa macam dah tak reti plak nak ber'blog' ni..adehh..

herm..
apa ye nak tulis?

haha..
no idea.

ok...
tadi, on the way zua nk pegi sekolah, zua terdengar satu lagu baru ni.. lagu mawi ngan kru di radio yang lebih hangat dari biasa....layannnnnnnn..

jom dgr!




very nice le bg zua lagu ni...
kan?


adoii...zua betul2 x de idea le nk tulis apa...
jumpa lagi!



~

Wednesday, March 18, 2009

Mimpi.

Assalamualaikum!


sekarang ni zua tengah kursus... EduWebTV. tapi macam kurang menarik je untuk 100% meng'concentrate'kan diri... ngantuk pun ada ni. sebab mende ni dah familiar sebenarnya kecuali untuk guru-guru 'senior' yang tak berapa biasa menggunakan internet dalam kelas... Oleh sebab mende yang nak dibuat tu macam kacang je,zua pun apalagiii.. amik kesempatan la menaip blog ni..Syhhhhh! (haha..konon2 busy gak la macam orang lain...hehe)

masa untuk rewangggggggg! Go!

MIMPI

nak citer pasal mimpi zua semalam... bleh?
sebelum subuh, zua dah terbangun. terus terkebil-kebil teringatkan Mursyid yang berbaju melayu putih, samping yang senget.. ngan kopiah putih dia. si Mursyid ni anak murid zua kat Madrasah. baru form 1. zua guru kelas dia. Tingkatan 1 Ibnu Taimiyah. tinggi pun aras dagu zua kot. comel. muka bulat, montel n kulit cerah. zua suka tengok dia..
suka.

Kalau terserempak ngan zua kat mana2 pun, mesti sengih je memanjang..
tak siap homework pun, sengih je... alahaiii...

nakal ni... tapi kalau orang yang tak kenal, mesti ingat tak nakal.. sebab muka comel. zua je tahu dia nakal..haha.

Zua mimpi kan Mursyid semalam. tiba-tiba Mursyid datang dekat zua yg tengah berdiri. betul-betul depan zua. dia berdiri depan zua. Zua usap-usap kepala dia dan sikatkan rambut dia. tepuk2 bahu dia. Dia manja ngan zua- lain dari biasa.

" Cikgu...saya dah pindah..." sambil dia mendongak tengok muka zua.

" Mursyid dah duduk kat mana sekarang? " zua usap2 kepala dia.

" Mursyid dah pindah Rumah Anak Yatim Al-Bakti, Selangor...cikgu "

.................pastu zua terjaga..................


RISAU

pelik tau. Zua tak faham kenapa tetiba anak murid zua yang comel sorang ni masuk dalam mimpi zua sedangkan zua tak plak terfikirkan dia semalam...

Seingat zua, dalam Register Book Form 1 Ibnu Taimiyah, Mursyid memang tinggal ngan penjaga yang bukan ayah dia sendiri. tapi tak sure. Zua pun baru je rekodkan data-data peribadi kelas zua 2 minggu lepas. ntahlah... Rasa risau.

Herm...Boleh ke zua nak tanya anda anda anda dan anda semua....?

Wujud ke Rumah Anak Yatim Al-Bakti di Selangor? atau may be Rumah Anak Yatim yang namanya hampir2 sama ke.... atau mana2 Rumah Anak Yatim di sekitar Selangor atau kat mana2 lah... hati terasa nak cari.

Memang jelas, clear and nyata sekali, suara Mursyid sebut nama "Rumah Anak Yatim Al-Bakti, Selangor". Terdengar-dengar dan zua memang ingat.. Zua sungguh2 nak tahu n cari rumah anak yatim ni...sebab rasa pelik... Tolong bgtau zua ya, saper2 yang tahu. tolong ya.

tak sabar nak tunggu cuti sekolah seminggu ni habis. nak jumpa Mursyid!


zua~
ICT lab, Madrasah Idrisiah.








.

Monday, March 16, 2009

saje2.. *updated*

Assalamualaikum!

MOTIVASI DIRI SENDIRI

Kegembiraan orang lain adalah lebih utama dari diri kita sendiri.. Bagi zua, sekalipun kita akan gembira dan hepi gler2, tapi kalau dalam masa yang sama kita telah menyusahkan ramai orang lain dan melibatkan hati banyak pihak, kegembiraan kita tu sebenarnya tak best langsung...kan?

Mesti fikirkan untuk orang lain, lebih banyak.

hati akan tenang untuk itu.

dan itu yang terbaik untuk semua.

NAMUN

Lumrah.... kita still tak akan dapat puaskan hati semua orang... walau dah berusaha dan korbankan diri sendiri pun... masih ada yang tak betul di mata orang lain.. sedangkan kita dh buat yang terbaik... kadang2 susah nak explain.. Explain pun tak penah nak faham.. At last, orang akan salah faham dan fikir macam-macam.. hati sendiri plak yang sedih dan rasa bersalah teramat.. (yang ni serius penat...) sedangkan orang lain leh je hepi go lucky.. tak berperasaan apa2 pun dalam hati...
Biologically, manusia ni variasi.. DNA pun lain-lain..
Sesungguhnya, zua tak mahu bermusuhan dengan sesiapa pun. hati takkan boleh tenang.

orang berbudi, kita berbahasa.... orang tak berbudi, kita bersabar.. undurkan diri.. jauhkan.. maafkan..
sebab,
Syurga itu bukan murah nilainya..



KESALAHAN

tidak seharusnya menyalahkan orang lain. satu jari tunjuk orang lain, empat jari lagi????? haha... pada diri sendiri la kan? Bagi zua, kalau orang benggang pada zua, zua sendiri yang memang salah. sebab zua memang selalu buat salah. Memang! bcoz i'm not a good girl n zua kene sangat2 minta maaf... secepat mungkin. buatnya tetibe Izrail dah ready nak tarik nyawa zua, memang dah tak sempat...alahaiiii..... mana nak cari... nauzubillah....

'Maaf dan memaafkan' is the bestestttt gift in a friendship..relationship.. sweet!!


BILA BERMASALAH...

sekurang-kurangnya jagalah keaiban masing-masing. lindungilah...

ceritalah yang benar untuk mengelakkan FITNAH. bukan menceritakan yang tidak benar untuk menghampiri FITNAH.


KASIH SAYANG

saya sayang anda semua dunia wal akhirat....


kerana Allah Taala.


" Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; ...."

(Surah Al-Imran: 134)



Narrated Anas: Allah’s Messenger said, “No one of you becomes true believer until he likes for his brother what he likes for himself.” (Al-Bukhari and Muslim)





Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit..”

(Riwayat at-Tabrani)

If you have much, give your wealth; If u have little, give your heart...





Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”

(Riwayat Muslim)


We make a living by what we get, but we make a life by what we give...





Narrated Ibn ‘Umar: Allah’s Messenger said, “A Muslim is a brother of Muslim, he neither wrongs him nor does hand him over to one who does him wrong. If anyone fulfils his brother’s needs, Allah will fulfil his needs; if one relieves a Muslim of his troubles, Allah will relieve his troubles on the Day of Resurrection.”

(Al-Bukhari and Muslim)

kerana Allah Taala.

zua~~
a life WORTH living...





Wednesday, March 11, 2009

bukan malas le~ =)

Assalamualaikum!


zua demam + flu + batuk berterusan selama TIGA MINGGU. Adakalanya, zua hanya mampu baring tanpa buat apa2.. perit benar kali ini. Sampaikan empat hari lepas zua tanya pada mak zua, "mak, boleh ke kakak sihat macam dulu?"

Mak zua peluk zua dengan air mata yang bergenang.

TERFIKIR: ntah kenapa zua jatuh sakit sampai macam ni.....~Alhamdulilah

virus selsema


"wa, pegi la klinik. demam lama2 ni kang demam nyamuk...bahaya le wehh!"

"azua! hang ni, pi la MC. kalau aku la...dah sah2 MC. x yah la datang kalau demam cam gini"

"ko biar betui zua, lama benor demamnye... pergi la check betul2.. kot2 chikunguya ke hape ke.."

yoshh! Kawan2 semua suh MC and lepak kat umah je. tapi bila ada kat sekolah ni, zua akan rasa happy. seriously! ::therapy untuk zua ada di situ::

Alhamdulillah. zua still boleh pergi ke sekolah dan mengajar. hanya itu yang zua selalu doakan.(anak2 murid zua selalu gelakkan zua sepanjang kelas.. speaking sengau sokmo! abis semua words ala2 wajibul ghunnah. berdengung abis..tahap 4-5 haraqat lak tuh..haha.. "idgham maal ghunnah ke ,cikgu?" kuang3x...maaf, sesi bertajwid sekejap.)


BIARPUN DEMAM....

zua tetap gitu-gitu gak.. hu~~

masih bleh je bergumbira handle lawatan kelas Biology ke petrosains,klcc and also ke anatomy museum,UKM,kl. Still maintain je bersorak di tengah padang untuk hari sukan sekolah, di tengah2 panas terik. Ok je takat nak setelkan 3 set soalan (biology form 4,5 and sejarah) untuk Marhalah Ula (Examination 1). Syukur! Alhamdulillah~

tapi penah jugak, zua tersungkur dan tak bangun...

Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w
ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:"Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya..”

(Riwayat Muslim)

"sabar lah, sayang." mak zua sering peluk zua dengan air mata yang bergenang selepas solat.. seolah-olah mak mahu tukarkan dirinya sendiri dengan zua. "mak......"

ya, sabar! Alhamdulillah, skrang dah makin sembuh. Syukur, Ya Rabbi!

zua dah lakukan terlalu banyak dosa. Hopefully, Allah akan ampunkan zua. Apalah sangat demam, selsema, batuk dan keadaan tidak berdaya yang zua alami 3 Minggu ini.. kalau nak bandingkan ngan kesakitan Nabi Ayub a.s yang jauh jauh jauh jauh jauh jauh lebih hebat dari zua, kan? sakit yang menyakitkan.... hilang kesemua yang dimiliki... semua yang dicintai pergi meninggalkannya...seorang. Tapi baginda tetap memuji Pemiliknya tanpa jemu. dan terima semuanya dengan redha. SubhanAllah!

Mohon Ampun, Ya Allah!

kat sini...zua mohon maaf dari kawan2 semua, terutamanya sahabat-sahabat baik zua. walau sebesar bumi ni sekalipun dosa zua pada korang, tapi zua tetap sayang korang. biar sampai bila-bila pun... dunia wal akhirat. trust me! InsyaAllah.

minta maaf ya, semua!


zua~