Wednesday, August 26, 2009

ok per?

Assalamualaikum!


Bismillah..

"Oh you who believe! Fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you, that you may learn rightousness (taqwa).."

[Al-Baqarah, 183]sadakallahualazim..

Salam Ramadhan, semuaaaaa!!
amacam puasa? ok? penat? best?

PUASA

"ala...puasa2 ni terbatas la sket aktiviti harian.."

"boring sket la...banyak yg x leh buat...ye la..kan puasa.."

ni ayat2 biasa KITA. btol x? hehe..


BORING

Memang mungkin betul..byk aktiviti yang x leh buat masa bulan Ramadhan ni kan... nak bersukan pun fikir byk kali... nak kuar shopping pun pikir 10 kali walaupun bg seorang otaii shopaholic yg terpaksa tahan gian shopping... hu3..

bler sumer mende kita rasa x leh nak buat, memang akan boring..


HADIAH..

Bagi zua, bulan Ramadhan ni penuh penuh penuh dilimpahi rahmatt melimpah limpah..

Hadiah dari Allah untuk membantu.. bukan menyusahkan..
tapi otak kita je yang selalu fikir susah dan menyusahkan diri...

kite ni kene fikir yg happy, klu kita nak enjoy life kita..

zua bg contoh...

(I)


NEGATIF :

Alhamdulillah, tahun ni Trial SPM, UPSR dalam bulan Ramadhan.. memang byk rungutan dari students...puasa2 ni,focus nnti mesti kurang... yang bestnyer, siap bg hujah scientific lagik kat zua..haha... Cikgu, otak kurang tumpuan sebab kurang air dalam badan, so kurang la oxygen ke otak... jadi function otak kurang sedikit...so, x sesuai la nak memerah otak dlm exam time berpuasa... (otak x function ke, otak tu kosong?) hu3 =p

POSITIF:

herm... tapi kalu kita fikir secara positif, dalam Ramadhan ini kita akan sujuddd kepada Allah lebih banyak di malam hari kan? terawih! akan lebih byk sujud berbanding hari-hari kita yang lain... jadi setiap kali sujud kepada Allah itu, bukan kah begitu banyak oxygenated blood akan menyusuri blood vessel di otak kita... bukankah akan begitu byk molecul2 oxygen bg sel2 otak kita bernyawa? Ok perr? THINK! =)


(II)

bagi yang merokok, ini masa yg sesuai untuk berhenti merokok... Normal,proses stop smoking ni tersangat susah... Azab woo.. Xtually, mende ni kene slow2..kurangkan sikit2... nak berhenti terus dgn drastik, mungkin TAK AKAN BOLEH... kalau tak puasa, mesti layan rokok tak hingat dunia nyer... Then,puasa ini lah peluang untuk slow2 kurangkan..btol x? bcoz mind kita dh set, puasa xleh merokok, so kemaruk tu kurang le sket... tu la hadiah Ramadhan untuk anda!! ok per..?? THINK! =)

kurangkan secara slow2... sampai la lama2 nanti, diri akan terbiasa tidak melakukannya lgi.... insyaAllah...

method yg sama gak untuk yang gian usha cd blue, drug addict, 'ringan-ringan' ngan awekss...etc..


tu contoh2 yang zua pernah tengok and dgr rungutan orang2 disekeliling zua..masalah lain, zua x tahu la.. tapi puasa sebulan ni sebnarnya sebuah hadiah dari Allah...
Allah nak tolong kita dengan cara Dia..

appreciate le, wehhhhh!!!


ENJOY UR 'RAMADHAN', a gift for u!


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.”

Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Ok lah... May this Ramadhan be a month of blessing, a month full of forgivenesses and guidances for all of you and family...

luv,
zua..





Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan...

Assalamulaikum!!

Salam Ramadhan untuk semua...
Semoga Ramadhan ini akan lebih mendekatkan kita dengan
Nya..

InsyaAllah...


Salam maaf dan sayang,
zua~~
=)

Friday, August 7, 2009

cayang cangat2!!

Assalamualaikummm!!

ehem...ehem... zua dedicated kan sebuah lagu untuk mak n ayah zua yang terchentaaa!
tajuk 'Jasa bonda'.. tapi untuk ayah pun gak!!
meh dengar meh..




MAK AYAH

Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:


"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.

"Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.

"Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.

"Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.


"Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."


Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." � (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

~~petikan Tajdid Iman Berita Harian. 28/07/2009. Tulisan Dr.Juanda Jaya (mufti Perlis)~~


ZUA ISTIGHFAR BANYAK2..

pernah satu ketika, zua telah menyebabkan sahabat baik zua yang amat zua sayanggggi menjadi anak yang melukakan hati ayahnya.. satu kesalahan dan DOSA besar yang zua penah buat. secara tak lansung zua hampir2 mencampakkan sahabat zua yang amat amat disayangi itu ke neraka.. menyesal gler2.. sujud taubat!!!! arap2 Allah terima..

tibe2, ari ni zua rasa nak kongsi ngan semua.. dosa menderhaka ibubapa, dosa besar.. zua sentiasa percaya, tiada seorang mak atau ayah pun yunk mahu menyakitkan anak mereka.. apatah lagi membenci... mungkin,kita sendiri yang salah.. macam lirik lagu kat atas tadi tu... "marah bukan kebencian, tapi tanda sayang.."

HAKIKAT CINTA SEJATI?

Cintailah cinta tanpa syarat..

luv, zua~~


Thursday, August 6, 2009

awak ex skolah maner ek?

Assalamualaikum!


zua nak citer sumthing n nak share apa yang zua rasa n fikir... tanpa diskriminasi.

last 2 weeks ago, zua ada borak dengan seorang pemuda yang baru zua kenal. conversation kitorang agak panjang berjela.. tapi x ingat apa yang zua dah sembang.. agak lama.

just ada satu soalan dari pemuda ini yang membuatkan zua terdiam.. ha3. nak gelak pun ada.. nak marah pun ada.. nak menyekeh pun ada.. hua3.

" awak, dulu awak skolah agama kat mana?"

zua diam.

"awak...awak ex skolah maner ek?"

"mrsm"

"hah? bukan skolah agama????" pelik sangat bunyi intonasi suara dia.. sebijik macam dia tengok zua menjelma jadi x-men plak... adess..

honestly, zua tawar hati nak sembang lagi...



BUKAN SEKOLAH AGAMA

iye! zua bukan ex dari mana2 sekolah agama. zua sendiri pun tak tahu kenapa otak pemuda itu detect yang zua ex - sekolah agama.. sape yang save mcm tu kat otak dia ek??


KENAPA selalu masyarakat kita (MELAYU) akan wat "hypothesis" sendiri..ek??????????

Tudung labuh/ tudung besar 60 tu, hanya untuk budak2 sekolah agama!

sembang2 pasal agama, hanya untuk budak2 sekolah agama!

menolak untuk keluar dating, hanya budak2 sekolah agama!

puasa sunat, hanya budak2 sekolah agama!

Stoking n hand-sock, hanya untuk budak2 sekolah agama!


Huhhh.....

Persoalan zua :: Adakah Syurga Allah itu pun hanya untuk budak2 sekolah agama?? ::

Persoalan zua :: Adakah kasih sayang Allah juga hanya untuk budak2 sekolah agama?? ::

Persoalan zua :: Adakah 'harta' Nabi Muhammad saw juga hanya untuk budak2 sekolah agama?? ::

THINK!!!!!

jangan memperlekehkan budak2 yang bukan dari sekolah agama untuk mereka BERAGAMA. itu sesuatu yang salah dan tak membina langsung! Sesiapa pun ada hak untuk MENCINTAI agamanya. tanpa halangan. walaupun mungkin anda tak berminat langsung untuk menyokongnya. tapi tak perlulah sampai buat suara pelik..wat muka ajaib.. tak perlulah...

BUKAN DISKRIMINASI

tujuan zua menulis n mambangkitkan isu remeh macam ni TIDAK SAMA SEKALI untuk mempersendakan ex-sekolah agama! NO!!!!!!

Bagi zua, sekolah agama ialah satu tempat yang sangat- sangat bersih.... sebab yang ada di situ ialah orang2 yang hebat dan bersih hati. Cinta pada ilmu dan agama seiiring... tempat ilmu. syurga dunia.

Zua sendiri merasa lapang hati mengajar di sekolah agama sekarang ini.. Tenang.. Damai.. Alhamdulillah... (walaupun sebaris ayat Arab pun zua tak faham langsung..)

Mungkin kerana itu, masyarakat men'COP' budak2 sekolah agama ialah orang2 yang baik. dan orang2 yang baik hanyalah budak2 sekolah agama.

sedangkan Environment dan Percepsi ini membahayakan individu. individu yang ber'hijrah'. individu yang terkapai2 mencari ilmu Allah.. terkial2 mencari agama sendiri.

bayangkan kalau anda diperli setelah mendapat Hidayah Allah untuk Melabuhkan tudung... tibe2 ada suara2 sumbang...

"weh, ko ni dulu sekolah agama ek?sekolah maner?"

"bukan.sekolah biasa je.."

(dalam hati)
"Malu la kene perli...ye la, aku bukan budak sekolah agama pun. tak layak la plak nak pakai tudung cmni.."

then akhirnya, perempuan itu pun kembali memakai tudung bawal no1 yang sesuai untuk dibuat jala ikan..

THINK!!!!


yer!! mende ni nampak remeh gler,, tapi kalau biar...akan ada kesan. negative. as iman kita pun nipis cm tudung bawal gak.. and kdg2 berubah pun, bukan sebab diri sendiri yang nak, tapi sebab balak suruh... matlamat tu x brape nak betul, tapi tak salah or kdg2 memang hidayah Allah kurniakan kat kita, tapi tu lahh.... iman turun naik.. then, kalau suare sumbang datang menyumbanggggg dan memberi sumbangan yang berupa sampah, confirm tumbang... trust me!

zua pernah menghadapi situasi dan perasaan macam ni.. zua rasa keperitan tu.. tp syukur, zua tak lupa matlamat sendiri..

so...

so, pls THINK! n THINK! n THINK!

Islam itu universal..
Islam for All.

ubah persepsi anda.
'Jadilah arus yang mampu mengubah suasana!'


with luv,
zua~~