Thursday, August 6, 2009

awak ex skolah maner ek?

Assalamualaikum!


zua nak citer sumthing n nak share apa yang zua rasa n fikir... tanpa diskriminasi.

last 2 weeks ago, zua ada borak dengan seorang pemuda yang baru zua kenal. conversation kitorang agak panjang berjela.. tapi x ingat apa yang zua dah sembang.. agak lama.

just ada satu soalan dari pemuda ini yang membuatkan zua terdiam.. ha3. nak gelak pun ada.. nak marah pun ada.. nak menyekeh pun ada.. hua3.

" awak, dulu awak skolah agama kat mana?"

zua diam.

"awak...awak ex skolah maner ek?"

"mrsm"

"hah? bukan skolah agama????" pelik sangat bunyi intonasi suara dia.. sebijik macam dia tengok zua menjelma jadi x-men plak... adess..

honestly, zua tawar hati nak sembang lagi...



BUKAN SEKOLAH AGAMA

iye! zua bukan ex dari mana2 sekolah agama. zua sendiri pun tak tahu kenapa otak pemuda itu detect yang zua ex - sekolah agama.. sape yang save mcm tu kat otak dia ek??


KENAPA selalu masyarakat kita (MELAYU) akan wat "hypothesis" sendiri..ek??????????

Tudung labuh/ tudung besar 60 tu, hanya untuk budak2 sekolah agama!

sembang2 pasal agama, hanya untuk budak2 sekolah agama!

menolak untuk keluar dating, hanya budak2 sekolah agama!

puasa sunat, hanya budak2 sekolah agama!

Stoking n hand-sock, hanya untuk budak2 sekolah agama!


Huhhh.....

Persoalan zua :: Adakah Syurga Allah itu pun hanya untuk budak2 sekolah agama?? ::

Persoalan zua :: Adakah kasih sayang Allah juga hanya untuk budak2 sekolah agama?? ::

Persoalan zua :: Adakah 'harta' Nabi Muhammad saw juga hanya untuk budak2 sekolah agama?? ::

THINK!!!!!

jangan memperlekehkan budak2 yang bukan dari sekolah agama untuk mereka BERAGAMA. itu sesuatu yang salah dan tak membina langsung! Sesiapa pun ada hak untuk MENCINTAI agamanya. tanpa halangan. walaupun mungkin anda tak berminat langsung untuk menyokongnya. tapi tak perlulah sampai buat suara pelik..wat muka ajaib.. tak perlulah...

BUKAN DISKRIMINASI

tujuan zua menulis n mambangkitkan isu remeh macam ni TIDAK SAMA SEKALI untuk mempersendakan ex-sekolah agama! NO!!!!!!

Bagi zua, sekolah agama ialah satu tempat yang sangat- sangat bersih.... sebab yang ada di situ ialah orang2 yang hebat dan bersih hati. Cinta pada ilmu dan agama seiiring... tempat ilmu. syurga dunia.

Zua sendiri merasa lapang hati mengajar di sekolah agama sekarang ini.. Tenang.. Damai.. Alhamdulillah... (walaupun sebaris ayat Arab pun zua tak faham langsung..)

Mungkin kerana itu, masyarakat men'COP' budak2 sekolah agama ialah orang2 yang baik. dan orang2 yang baik hanyalah budak2 sekolah agama.

sedangkan Environment dan Percepsi ini membahayakan individu. individu yang ber'hijrah'. individu yang terkapai2 mencari ilmu Allah.. terkial2 mencari agama sendiri.

bayangkan kalau anda diperli setelah mendapat Hidayah Allah untuk Melabuhkan tudung... tibe2 ada suara2 sumbang...

"weh, ko ni dulu sekolah agama ek?sekolah maner?"

"bukan.sekolah biasa je.."

(dalam hati)
"Malu la kene perli...ye la, aku bukan budak sekolah agama pun. tak layak la plak nak pakai tudung cmni.."

then akhirnya, perempuan itu pun kembali memakai tudung bawal no1 yang sesuai untuk dibuat jala ikan..

THINK!!!!


yer!! mende ni nampak remeh gler,, tapi kalau biar...akan ada kesan. negative. as iman kita pun nipis cm tudung bawal gak.. and kdg2 berubah pun, bukan sebab diri sendiri yang nak, tapi sebab balak suruh... matlamat tu x brape nak betul, tapi tak salah or kdg2 memang hidayah Allah kurniakan kat kita, tapi tu lahh.... iman turun naik.. then, kalau suare sumbang datang menyumbanggggg dan memberi sumbangan yang berupa sampah, confirm tumbang... trust me!

zua pernah menghadapi situasi dan perasaan macam ni.. zua rasa keperitan tu.. tp syukur, zua tak lupa matlamat sendiri..

so...

so, pls THINK! n THINK! n THINK!

Islam itu universal..
Islam for All.

ubah persepsi anda.
'Jadilah arus yang mampu mengubah suasana!'


with luv,
zua~~

5 comments:

pali said...

salam, huhu, memang ada pengalaman yang sama.huhuhu, takpe, itulah persepsi masyarakat, sekolah agama budak baik, sekolah biasa2 ni kurang sikit.

Takpe, itulah yang kita mahukan. Budak sekolah agama memang baik!

bacaan tambahan;:P
http://palirulez.blogspot.com/2009/02/mendamba-wahyu-ya-robbi.html

zua jelita said...

betul pali..
pd yg kuat hati, besar jiwa n berhijrah kerana Allah ...akan ok.

tp klu pd yang x kuat hati, jiwa kecik, berhijrah pun kerana nak pancing undi or kerana balak/awek terchentaaaa... memang akan collapse nyer...

persepsi cmni kene ubah.. semua oarang perlu jadi baik walaupun bukan sekolah agama... apatah lagi budak sekolah agama!!!!



p/s: ada gak yg sekolah agama pakai jala ikan...

pali said...

jala ikan tu simbolik kepada apa sih?

zua jelita said...

jala ikan = tudung bawal no1 yg jarang gler... look like jala ikan kan?? haha

Anonymous said...

sebelum mengubah,harus bisa diubah dahulu!

boleh jadi pemuda tersebut kagum dengan anda yang seorang yang bukan berlatar belakang pendidikan formal(sekolah agama) tetapi pada sosok diri anda barangkali memiliki akhlak dan amalannya jauh mendahului ex-sekolah agama.

semoga Allah memberi taufiq dan hidayah-Nya kepada saya dan kalian..

-mencari nikmat melihat wajah-Nya diakhirat kelak-