Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik..... Menyayangi lebih baik daripada membenci.!
salam..
hati zua hari ini kacau bilau gile2.. asik memikirkan seseorang yang zua 'kurang senang' dengan nya..yang zua anggap sebagai penghalang dan pemusnah kebahagiaan zua... (amboii,bahasa dasatt maa...tapi sekurang2nya itu la kata2 jujur dari hati zua yang sangat kecewa..teruk betul zua ni kan? berdosa!). Honestly, zua rasa cemburu/jeles/ iri hati/ hasad dengki pada dia kerana dia memperolehi 'sesuatu' yang zua ingin dan harap sangat2... (yes! i'm not a good person. Tapi tujuan zua mengutuk diri zua sendiri di sini, bukan untuk mengaibkan atau memalukan diri sendiri, tapi sekadar berkongsi kelemahan diri untuk dijadikan teladan... sila baca seterusnya k...siler2..hehe)
sepanjang pagi ni zua cuba search something yang boleh memotivasikan diri zua n hati zua yang sekarang ni penuh ngan kecemburuan dan hasad dengki.(ntah aper2.. zua memang tak suka perangai cam ni…tapi ujian Allah kali ini, memang agak mencabar jiwa dan hati zua..hoho)
sambil2 zua lalu lalang ke blog2 yang biasa zua melalu lalangkan diri, zua terbaca sebuah article berkenaan hasad! padan sangat le ngan diri sendiri.. Allah sayang zua dan Dia nak tunjuk pada zua, kan? sebuah article dari Dr.Abdullah Yassin, seorang tokoh agama dan tafsir yang hebat dan zua kagumi.. alhamdulillah...bergenang lak air mata, sebab rasa diri zua teruk sangat ler... huuu~~~ T_T
nih zua bagi link article tu : http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=135507
atau article asal di : http://www.al-nidaa.com.my/index.php
Dan, cerita tentang PISANG kat atas tu telah membuatkan zua rasa sungguh insaf (^_^) tatkala membaca nyer.. cerita ni zua dapat dari seorang kawan zua yang send kat email semalam.. (kagum tak? tengah zua dok kalut berperang ngan perasaan sendiri ibarat power ranger merah jambu melawan syaitan dewa hasad dengki, Allah pun datang dan bagi banyak sgt 'ayat2 cinta' yang menginsafkan diri zua..syukur sgt2.. hebatkan Tuhan? T_T)
Dari Nabi SAW, sabdanya: Janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, dan janganlah kamu saling berdengkian (hasad), dan janganlah kamu saling membelakang (tidak berteguran), jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
sesungguhnya, Allah knows best..
zua doakan semoga para pembaca (kalau ada yang baca..hehe) agar kita sama2 berdoa agar kita saling ikhlas menyayangi antara satu sama lain dan dijauhkan dari sifat hasad dengki ini..kecuali sifat cemburu/irihati yang dibenarkan dan terpuji iaitu ghibthah dan munaafasah.
Rasulullah saw. bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.
[Riwayat Hadith al-Bukhari]
nota kaki:
(dipanggil kaki sbb kat hujung article...bukan untuk disimpan di kaki ye! hehe)
Ghibthah : menginginkan nikmat yang diperolehi oleh seseorang yang lain tanpa mengharapkan nikmat itu dihilangkan dari orang tersebut.
Munaafasah : berusaha untuk memperolehi kejayaan atau nikmat yang sama atau lebih daripada orang lain. (berlumba-lumbu ke arah ibadah, kebaikan, kejayaan)
daa~
2 comments:
thanks sayang~
I Love U
welcome back..
ngantuk
T_T
Post a Comment