Tuesday, December 23, 2008

satu di tangan, satu di angin...tapi saya nak yang di angin!

salam..

haha..
tergelak lak tengok title post kali ni!
satu di tangan, satu di angin..
tapi saya teringin sangat yang kat angin tu!

alkisahnya, zua baru diterima menjadi cikgu kontrak selama setahun dan bakal me'renew' kontrak every yearr di sebuah sekolah agama kerajaan negeri.. Syukur,Alhamdulillah.... sujud syukur.....
tapi sepanjang hari ini, bagai nak pecah lagi meletup jantung zua dok menunggu result KPLI esok. yes, memang sepatutnya esok..tapi ramai yang dah dapat surat tawaran dan call dari maktab perguruan...adesss... sedangkan zua x dapat apa2 pun... habuk pun tarak... apatah lagi debu atau dedaunan kering..... angin je yang lalu...

hanya angin meniup saja,
lalu terbang, hilang tak ada...
ececehhhh (petikan sajak 'Satu' yang Dian Sastrowardoyo baca sambil petik gitar dalam filem Ada Apa Dengan Cinta? eh, tak sangka zua boleh terhafal plak sajak nih! ngeee..piuwwwww!)

itu la kisah di tangan dan di angin...

Alhamdulillah...hari ni zua berjaya juga menghadiri kursus untuk guru-guru Madrasah Idrisiah sebagai the 1 and only guru biology kat sekolah tu (huhh...teraba2 seorg diri). Walaupun asik tersengguk2 di meja kuning berkaki besi yang sedah tetanggal cat nyer, tapi sekurang2 nya zua x keluar dari dewan tu sebelum penceramah tu abis bercakap macam cikgu2 lelaki yang lain.. (sesi mengutuk cikgu laki..opssss!) Syukur cikgu-cikgu di sekolah ini baik-baik budi pekerti + klakor2... untuk permulaan, zua rasa selesa, syukurrr.

Cuma jadual zua memang superbb+ taff + berat.. selain biology (form4 and 5), i need to teach computer IT (3 class form 1 and 1 class form 5) and also SEJARAH!!!! wakaka~! tepuk dahi zua masa mula2 tengok perkataan SEJARAH di jadual waktu... walaupun hanya satu kelas form 1, tapi SEJARAH & zua boleh la diibaratkan seperti tempoyak & mayonis! alahaiiii... hancurla sejarah budak2 kecik tu nanti..cayolah cakap den.

apa2 pun, hidup mesti terus..sempoiii....kita redahhhh je,beb!
memandangkan peluang untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah-zua apply subject science) ibarat melihat belon berisi gas helium terbang di angin, maka terpaksalah zua akan gigih berusaha mengepit buku sejarah ke mana sahaja selepas ini.. =p
(apa2 pun lab biology kat situ bakal menjadi tempat bersemayamku...conquer...ngeh!)



p/s: result KPLI esok... =D or ='(

1 comment:

chicky84 said...

sejarah~~
make it interesting sayang..