Tuesday, January 6, 2009

jom puasa esok!

salam...

perhatian..perhatian..perhatian! ehem2..
esok 10 Muharram 1430.. maka, ayuhlah kita berpuasa hari Asyura!
ni ada sedikit bahan bacaan untuk anda semua yang zua copy paste dari bulletine friendster zua. Kredit to my x-schoolmate, Auni Aslah (selamat pengantin baru ya! hehe..)
sile2 baca yer..
Selamat berpuasa ya! Cayuk!


~~~~~~~~~~~~~~

(hasil dr copy paste)

Assalamualaikum wbt
Insyaallah hari rabu ni 7 Januari 2009 bersamaan 10 Muharram 1430 H merupakan Hari Assyura yang disunatkan berpuasa bagi Umat Islam.

Dalil tentang berpuasa pada hari ini ialah:

HADIS 1
Daripada Abi Hurairah ra berkata , Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik puasa setelah Bulan Ramadhan adalah (puasa) pada Bulan Muharram. Dan sebaik-baik solat setelah Solat Fardhu adalah Solat (sunat) di waktu malam". Diriwayatkan oleh Imam Muslim

HADIS 2
Daripada Ibnu Abbas ra berkata : "tidak pernah daku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa satu hari, yang dia mengutamakannya daripada hari-hari lain kecuali hari ini : Hari 'Aasyura' (10 Muharram) ". Hadis ini disepakati sohih oleh Imam Bukhari , Muslim dan lainnya

HADIS 3
Daripada Ibnu Abbas ra berkata : "ketika Rasulullah SAW berpuasa pada Hari 'Aasyura' (10 Muharram) dan Baginda juga memerintah (Para Sahabat) supaya berpuasa pada hari tersebut, lantas mereka berkata : Wahai Baginda Rasulullah ! sesungguhnya hari ini diagungkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani . Maka Rasulullah SAW bersabda :"sekiranya daku masih hidup hingga tahun depan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari yang ke-9 (dari Muharram)". Hadis riwayat Imam Muslim

HADIS 4
Daripada Ibnu Abbas ra berkata : "Bahawa Rasulullah SAW setelah masuk (berhijrah) ke Kota Madinah , maka Baginda dapati orang Yahudi berpuasa pada hari 'Aasyura' . Maka Sabda Rasulullah SAW : Apakah (keagungan) hari ini yang menyebabkan kamu berpuasa ? Mereka berkata : Hari ini adalah hari yang amat besar (sejarahnya) . Pada hari inilah , Allah menyelamatkan Musa as dan kaumnya dari (kekejaman) Firaun , dan Allah Taala yang menenggelamkan Firaun dan kaum . Maka Musa as berpuasa sebagai tanda syukur (kepada Allah) . Maka kami pun turut berpuasa .
Lantas sabda Rasulullah SAW : Maka kami lebih berhak dan lebih utama (mengikuti ibadah puasa) Musa as daripada kamu . Maka Baginda berpuasa dan baginda memerintah (para Sahabat) agar turut berpuasa". Hadis ini disepakati sohih oleh Imam Bukhari , Muslim dan lainnya

HADIS 5
Daripada Abi Qatadah ra berkata , Rasulullah SAW bersabda : " tiga hari dari setiap bulan (13,14 & 15hb bulah Hijriyah) dan Ramadhan hingga Ramadhan , maka inilah puasa ad-Dahr seluruhnya (sepanjang tahun). Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah), daku mengharapkan kepada Allah , mengampunkan dosa setahun sebelum dan setahun selepasnya . Dan Puasa 'Aasyuraa' (10 Muharram) , daku mengharapkan kepada Allah , mengampunkan dosa setahun sebelum.. Hadis riwayat Imam Muslim

HADIS 6
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Assyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa.

HADIS 7
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a :
Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.

Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9
10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(2) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
(3) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(4) Lemasnya Firaun.
(5) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(6) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(7) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(8) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(9) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(10) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga
(11) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.

Mudah-Mudahan kita diberi taufiq untuk mengamalkannya dan menyampaikannya kepada saudara-saudara Islam kita yang lain. Insyaallah.


salam..

No comments: