Saturday, January 31, 2009

zua Wahabbi??

salam

semalam result rayuan KPLI kuar.. gagal lagi!
haha..zua sambut kegagalan kali ni ngan ketawa. ngeh!

"Ya Allah, apa sahaja yang Engkau bagi padaku, aku terima apa sahaja. Alhamdulillahhh!!!!!"
*senyum*

Big girl dont cry!~

beberapa malam sebelum ni, zua ada wat solat hajat untuk rayuan KPLI ni.. mungkin tak cukup sempurna sebab turut terganggu ngan another personal prob...opss!~

lagipun, sebenarnya hati dh x brape nak sgt KPLI ni.. Tawar hati. Plus, zua dah mula rasa seronok ngajar di sekolah agama.. so, better stay sini n get more experiencesss and leh top up my ilmu agama..hehe. (zua, do u see the 'hikmah' there? tapi tahun ni still nak apply lagi.. jgn putus asa, cayukk!). That's why i still done the solat sunat hajat...

but last month, zua baru abis membaca buku 'PANDUAN SOLAT SUNAT CARA NABI S.A.W' tulisan Mohd Yaakub bin Muhd Yunus. buku ni lengkap sebangai panduan solat sunat dan ada discuss gak pasal perbezaan mazhab n kesahihan sesuatu solat tu sendiri. (pening x ayat zua ni) Herm, ok dalam bahasa mudahnya...this book is ok!



herm...dalam buku ni menyatakan yang nabi tak penah men'spesifik'kan solat sunat hajat. sebaliknya dalam satu hadith, ada seorang lelaki yang meminta agar nabi Muhammad S.A.W mendoakannya..(secara tawassul). Then, nabi hanya solat sunat (2 rakaat) sahaja sebelum baginda berdoa. so ada ke'confius'an di sini. kan?

daripada buku ni, Nabi tidak pernah melakukan solat sunat hajat. hanya solat sunat (2 rakaat) dan seterusnya berdoa.

herm...

semalam zua bertanya kan hal ni dengan seorang ustazah di sekolah yang zua ajar ni. Ustazah ni zua panggil Kak T. baru balik dari Mesir. ex Al-Azhar.

"kak T, boleh ke kalau kita buat solat sunat hajat?" zua tanya tibe2 masa dia datang lepak kat meja zua yang baru lepas di touch up. (meja paling comel kat bilik guru..haha!)

muka kak T macam terkejut sangat ngan soalan zua. "kenapa?"

"ye lah. nabi tak penah pun solat sunat hajat kan?"

"herm..?" Kak T macam terdiam.


""bukan la. zua ada baca satu buku. Buku ni.." kebetulan buku tu atas meja zua. so, tunjuk je la kat dia....
" nabi tak penah buat, jadi zua rasa macam serba salah la plak nak buat. takut2 kalau jadi bidaah plak.. takut ibadah tak diterima.. sbb nabi tak buat.."

" Macam orang Wahabbi.. bila nabi tak buat, diorang tak buat. Buat bila nabi buat je..."

"erk.. " zua lak tertelan air liur. (dalam hati, takkan tuduh zua wahabbi lak kot...iskkk)

" Zua, bidaah pun ada yang hasanah. zua tahu kan?"

zua angguk je.

" ok. macam Al-Mathurat tu..."

" yer.. Al-Mathurat tu Imam Hassan Al-Banna yang buat.. zua tahu. zua selalu baca dan dah terhafal.."

"Ha.. kan baik doa2 tu semua. apasalahnya kita amalkan. tambah2 lagi solat.. Solat,zua! kan baik tu."

zua senyum. (sebenarnya zua tak puas hati ngan jawapan tu)
tapi malas nak sembang lebih2 sebab ada beberapa orang kawan2 lain datang ke meja zua. tukar topic~~~


masih tertanya2...dan tercari2.... jawapan yg betul. ada sesaper leh bg jawapan?

dan zua ni wahabbi ke?

erk..



2 comments:

ibnyaacob said...

lakukan solat sunat biasa dan dlm solat tersebut berdoalah..masa syeikh salim ed al hilali dtg malaysia pon ada diajukan soalan berkenaan solat hajat.tidak di jumpai hadis AR Rasul buat solat hajat.ada solat sunat 2 rakaat dan berdoaa dlm solat seperti yg kita sedia mklum boleh doa masa sujud dan juga sebelum salam.

zua jelita said...

jkk