Wednesday, December 24, 2008

sebuah hadiah hari jadi yang perit!

salam


today is my birthday..
24 years old....Alhamdulillah..
thanks, Allah!

huhh..
24hb december 2008, actually is a 'perit' day for me.. huhh
pagi2 lagi saya kelam kabut untuk attend my last day kursus guru Madrasah Idrisah kat Rest House, KK.. kalut mengejar car park yang sempit kat situ..
sepanjang kursus, zua x senang duduk.. so nervous... until i got a call from my mum.. i failed my kpli interview!!!!! dushhhhhhhhhhhhhh!!!
it still happen.. for 3 years!! Honestly, it was killed me from inside..

in the end of the kursus, i got nothing! blurr...
i'm crying ...crying..crying....only in my heart...
perhaps, nobody can see my tears!

on the way untuk balik rumah, zua nekad sangat untuk tidak menangis depan mak n ayah! mesti!

sepanjang petang, zua hanya baring, pura-pura tidur... sampai lah ayah zua balik kerja dah ajak zua tengok tv.. mak hanya pura-pura buat tak tahu je... herm... zua tengok tv tanpa perasaan.. mak n ayah pun sama..

mak zua said "kakak, come on! be happy...be happy. today is your birthday.. ok. today is your birthday. come on" uikssss....speaking le plak mak zua ari ni.. herm.. but, its hard to me to 'gelak terbahak2' macam biasa...




Tuesday, December 23, 2008

satu di tangan, satu di angin...tapi saya nak yang di angin!

salam..

haha..
tergelak lak tengok title post kali ni!
satu di tangan, satu di angin..
tapi saya teringin sangat yang kat angin tu!

alkisahnya, zua baru diterima menjadi cikgu kontrak selama setahun dan bakal me'renew' kontrak every yearr di sebuah sekolah agama kerajaan negeri.. Syukur,Alhamdulillah.... sujud syukur.....
tapi sepanjang hari ini, bagai nak pecah lagi meletup jantung zua dok menunggu result KPLI esok. yes, memang sepatutnya esok..tapi ramai yang dah dapat surat tawaran dan call dari maktab perguruan...adesss... sedangkan zua x dapat apa2 pun... habuk pun tarak... apatah lagi debu atau dedaunan kering..... angin je yang lalu...

hanya angin meniup saja,
lalu terbang, hilang tak ada...
ececehhhh (petikan sajak 'Satu' yang Dian Sastrowardoyo baca sambil petik gitar dalam filem Ada Apa Dengan Cinta? eh, tak sangka zua boleh terhafal plak sajak nih! ngeee..piuwwwww!)

itu la kisah di tangan dan di angin...

Alhamdulillah...hari ni zua berjaya juga menghadiri kursus untuk guru-guru Madrasah Idrisiah sebagai the 1 and only guru biology kat sekolah tu (huhh...teraba2 seorg diri). Walaupun asik tersengguk2 di meja kuning berkaki besi yang sedah tetanggal cat nyer, tapi sekurang2 nya zua x keluar dari dewan tu sebelum penceramah tu abis bercakap macam cikgu2 lelaki yang lain.. (sesi mengutuk cikgu laki..opssss!) Syukur cikgu-cikgu di sekolah ini baik-baik budi pekerti + klakor2... untuk permulaan, zua rasa selesa, syukurrr.

Cuma jadual zua memang superbb+ taff + berat.. selain biology (form4 and 5), i need to teach computer IT (3 class form 1 and 1 class form 5) and also SEJARAH!!!! wakaka~! tepuk dahi zua masa mula2 tengok perkataan SEJARAH di jadual waktu... walaupun hanya satu kelas form 1, tapi SEJARAH & zua boleh la diibaratkan seperti tempoyak & mayonis! alahaiiii... hancurla sejarah budak2 kecik tu nanti..cayolah cakap den.

apa2 pun, hidup mesti terus..sempoiii....kita redahhhh je,beb!
memandangkan peluang untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah-zua apply subject science) ibarat melihat belon berisi gas helium terbang di angin, maka terpaksalah zua akan gigih berusaha mengepit buku sejarah ke mana sahaja selepas ini.. =p
(apa2 pun lab biology kat situ bakal menjadi tempat bersemayamku...conquer...ngeh!)



p/s: result KPLI esok... =D or ='(

Thursday, December 18, 2008

Surat Untuk Tuhan.


****************************


Ya Tuhan..

Maafkanlah bila hatiku tak sempurna mencintaiMu.. Maafkan aku. Ampuni aku. Letakkanlah dunia di tanganku,bukan di hatiku... tapi letakkanlah akhirat di hatiku, dekat di hatiku, Tuhan.. Ya Rahman, pegangilah hati aku erat2... Dan ajarkan aku untuk redha, Ya Rahim.. Sesungguhnya, setiap kepunyaanku..setiap kesayanganku, adalah milikMu,Tuhan... Aku redha pada saat Engkau ingin mengambil dan meragut kembali kesemuanya yang aku punyai dan sayangi pada bila-bila masa pun, Tuhan.. kesemuanya pada bila-bila masa pun.. Terima Kasih Tuhan kerana pernah meminjamkan semua itu pada aku.. Aku sedar aku hanya seorang hambaMu yang DImiliki dan bukan MEmiliki... Tapi aku mohon, Tuhan...Aku mohon...Aku mohon sangat2...Moga pada saat aku hilang seluruh hartaku, pekerjaanku, cintaku, keluargaku, sahabatku, keupayaanku dan kasih sayang orang lain.. Aku mohon agar aku masih mampu sujud syukur padaMu walau betapa sedihnya hatiku... Ameen Ameen Ameen, ya Rabb..ya Rabb...

Tuhan, Peluklah aku erat-erat.... Aku perlukanMu..... KasihMu..... perlindunganMu.... Peluklah aku erat-erat dan tolong jangan lepaskan, agar aku tak jauh dariMu...

Tolonglah, ya Allah... tolonglah aku...tolonglah...

aku mohonnn..aku rayuu... ameen,ameen,ameen....



Yang benar,

zua.


***********************

Friday, December 12, 2008

Pisang & hati..



Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu"
beritahu Cikgu Maryam. Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik..... Menyayangi lebih baik daripada membenci.!

(^_^)(^_^)(^_^)


salam..

hati zua hari ini kacau bilau gile2.. asik memikirkan seseorang yang zua 'kurang senang' dengan nya..yang zua anggap sebagai penghalang dan pemusnah kebahagiaan zua... (amboii,bahasa dasatt maa...tapi sekurang2nya itu la kata2 jujur dari hati zua yang sangat kecewa..teruk betul zua ni kan? berdosa!). Honestly, zua rasa cemburu/jeles/ iri hati/ hasad dengki pada dia kerana dia memperolehi 'sesuatu' yang zua ingin dan harap sangat2... (yes! i'm not a good person. Tapi tujuan zua mengutuk diri zua sendiri di sini, bukan untuk mengaibkan atau memalukan diri sendiri, tapi sekadar berkongsi kelemahan diri untuk dijadikan teladan... sila baca seterusnya k...siler2..hehe)

sepanjang pagi ni zua cuba search something yang boleh memotivasikan diri zua n hati zua yang sekarang ni penuh ngan kecemburuan dan hasad dengki.(
ntah aper2.. zua memang tak suka perangai cam ni…tapi ujian Allah kali ini, memang agak mencabar jiwa dan hati zua..hoho)

sambil2 zua lalu lalang ke blog2 yang biasa zua melalu lalangkan diri, zua terbaca sebuah article berkenaan hasad! padan sangat le ngan diri sendiri.. Allah sayang zua dan Dia nak tunjuk pada zua, kan? sebuah article dari Dr.Abdullah Yassin, seorang tokoh agama dan tafsir yang hebat dan zua kagumi.. alhamdulillah...bergenang lak air mata, sebab rasa diri zua teruk sangat ler... huuu~~~ T_T

nih zua bagi link article tu : http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=135507
atau article asal di :
http://www.al-nidaa.com.my/index.php

Dan, cerita tentang PISANG kat atas tu telah membuatkan zua rasa sungguh insaf (^_^) tatkala membaca nyer.. cerita ni zua dapat dari seorang kawan zua yang send kat email semalam.. (kagum tak? tengah zua dok kalut berperang ngan perasaan sendiri ibarat power ranger merah jambu melawan syaitan dewa hasad dengki, Allah pun datang dan bagi banyak sgt 'ayat2 cinta' yang menginsafkan diri zua..syukur sgt2.. hebatkan Tuhan? T_T)


Dari Nabi SAW, sabdanya: Janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, dan janganlah kamu saling berdengkian (hasad), dan janganlah kamu saling membelakang (tidak berteguran), jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


ok la kot takat sini.. zua rasa hati zua lebih tenang bila zua melawan syaitan dewa hasad yang telah menyerang sel2 hati dan pankreas zua selama ini...
sesungguhnya, Allah knows best..
zua doakan semoga para pembaca (kalau ada yang baca..hehe) agar kita sama2 berdoa agar kita saling ikhlas menyayangi antara satu sama lain dan dijauhkan dari sifat hasad dengki ini..kecuali sifat cemburu/irihati yang dibenarkan dan terpuji iaitu ghibthah dan munaafasah.


Rasulullah saw. bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.

[Riwayat Hadith al-Bukhari]


nota kaki:
(dipanggil kaki sbb kat hujung article...bukan untuk disimpan di kaki ye! hehe)

Ghibthah : menginginkan nikmat yang diperolehi oleh seseorang yang lain tanpa mengharapkan nikmat itu dihilangkan dari orang tersebut.

Munaafasah : berusaha untuk memperolehi kejayaan atau nikmat yang sama atau lebih daripada orang lain. (berlumba-lumbu ke arah ibadah, kebaikan, kejayaan)


daa~





Tuesday, December 9, 2008

happy birthday, mak!

salam..



hari ni birthday ibu zua ... yang ke 49.


happy birthday, my dearessst mum!


may Allah bless u.....always...always..alwayss..
ameen, ya Rabb.



luv u so muchhh...muahhhhh
(^_^)

salam semua!

zua ingin mengucapkan SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLaDhA!


Tingkatkan pengorbanan, suburkan keikhlasan di hati...
may Allah bless...


di sini zua nak kongsi beberapa article yang menarik dan berguna untuk kita baca bersama tentang hari raya AidilAdha, ibadah haji dan ibadah Qurban..

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=15269

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=14642

http://www.zaharuddin.net/content/view/219/72/

http://drmaza.com/home/?p=517


p/s: raye! =p

Saturday, December 6, 2008

birthday my bro! - Adik

salam..


hari ni birthday adik lelaki zua- Adik ... yang ke 20.

happy birthday, my dearrrr!

may Allah bless u.....always.
ameen, ya Rabb.


Thursday, December 4, 2008

birthday my bro- abang!

salam..


hari ni birthday adik lelaki zua- Abang ... yang ke 22.

happy birthday, my dearrrr!

may Allah bless u.....always.
ameen, ya Rabb.

Thursday, November 27, 2008

Saturday, November 22, 2008

you are never alone...



Sometimes when the world's not on your side
You don't know where to run to
You dont know where to hide
You gaze at the stars in the sky
At the mountains so high
Through the tears in your eyes
Looking for a reason to replace what is gone
Just remember, remember
That you are never alone


....


Chorus:


You are never alone
Just reach into your heart and Allah is always there
You are never alone
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You will never be alone
So now, as you long for your past
Prepare for you future
But knowing nothing's gonna last
You see, this life is but a road
A straight and narrow path
To our final abode
So travel well O Muslim
and Paradise will be your home
and always remember that you are never alone


....

Chorus(x2)









kredit to NMEVOLIZ for this song..


luv u~~


Thursday, November 20, 2008

true love?

salam...



"in life, ALLAH doesnt give you the person you want, instead He gives you the person you need... to love you... hurt you... and teach you the real meaning of life..."



so, why not we thanks to Allah?

and...why not we just say that, "i love u,Allah~my true love.."?



batmanzua~
a life worth living....

Wednesday, November 19, 2008

Mampukah kau untuk berbagi, tanpa hasrat ingin diberi?


salam..

tengah2 zua layann video clip citer soleha tv9, zua terfikir sumthing...


penah tak korang terfikir: apabila korang 'memberi' kepada orang lain, apakah sebenarnya yang korang mahukan?

contohnya: apabila kita 'memberikan' coklat untuk adik kita, apakah sebenarnya yang kita nak? ( ada byk jawapan yang mungkin :: supaya adik kita x merengek memanjang:: supaya adik kita merahsiakan 'kekantoian' kita biler rahsia kita dh bocor :: supaya adik kita gembira sebab kita memang sayangkan dia :: atau sebagai upah tolong belikan barang kat kedai::)

contohnya: apabila kita 'memberikan' cinta untuk seseorang, apakah sebenarnya yang kita nak? (ada byk jawapan gak :: sebab awek tu memang cun gile ala2 eve mendes/ balak tu memang encem giler tahap orlando bloom :: sebab awek/balak tu kaya gler, harta sampai cicit kita makan pun x abis2 :: sebab awek/ balak tu memahami, pemurah, baik hati dan berbudi pekerti ibarat pijak semut x mati :: sebab awek/balak tu leh pimpin ke arah kebaikkan dan keredhaan Tuhan :: sebab kita nak kawin dengan dia :: sebab nak buktikan pd kawan2, aku mampu miliki apa yg aku nak::)

contohnya: apabila kita 'memberikan' sokongan kepada kawan-kawan atau jiran-jiran atau sedara mara kita waktu diorang susah, apakah sebenarnya yang kita nak? ( ada byk jawapan gak ni :: sebab kita nak tunjuk kebaikkan kita pada orang lain :: sebab kita nak orang tu balas balik jasa dan tolong kita bila kita susah nanti (ala2 buat pelaburan laa) :: sebab kita memang sayang orang tu dan kita rasa susah hati bila dia sedih sorang2 (takut dia gila meroyan lak) :: sebab kita ikhlas kerana Tuhan semata2 :: sebab kita rasa simpati dan rasa itu tanggungjawab kita :: sebab kita memang in mood untuk buat baik (klu tgh moody, boleh blahh) ::)



contohnya: apabila kita 'memberikan' derma kepada pengemis ke, mangsa banjir/tsunami/gempa bumi/kebakaran ke, masjid ke, anak yatim ke, n etc... apakah sebenarnya yang kita nak? ( jawapan2 yang mungkin :: supaya orang kagum ngan sikap pemurah kita :: salah satu langkah menakel awek2 :: nak dapat pahala :: supaya Tuhan murahkan rezeki kita berganda2 :: ikhlas kerana Tuhan :: sebab kasihan ::)

banyak sebabnya, kan? itu sebab lah, apabila zua 'memberi', zua selalu tanya pada diri sendiri... apakah sebenarnya yang aku nak? mampukah aku untuk 'memberi', tanpa hasrat untuk diberi/dibalas/dikasihi?? jawapannya : kasih sayang ikhlas kerana Allah.

dan percayalah, hati kita akan tenang kerana itu.




zua share lagu ini kat sini..lagu ni, cerita ni banyak bagi semangat pada zua bila zua down... sedih... di benci... di tolak.. dikeji... di reject...


Sesungguhnya
by ungu

Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tlah kau singgahi

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Di hadapan-Nya…Di hadapan-Mu ya Allah…

Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya
Tanpa tulus di hatinya

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Di hadapan-NyaDi hadapan-Mu ya Allah

Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya
Tanpa tulus di hatinya

Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya
Tanpa tulus di hatinya...





We make a living by what we get, but we make a life by what we give...

batmanzua
~ a life worth living ~



Sunday, November 16, 2008

apakah?



salam...

" Kadang-kala kita berfikir jika Allah memberi segala-galanya yang kita mahu di dunia ini, apakah Dia akan memberi kepada kita juga di akhirat nanti..? "



~a life worth living....

Friday, November 14, 2008

its time to migrate!!




salam..

saya ingin menulis hari ini, tapi tak tahu apa yang nak ditulis ni. adoii.. izinkan saya menulis sepatah dua kata ya..(kununla)

saya terfikir untuk ber'hijrah' dari blog lama saya di wordpress ke blogspot..
hehe.. dan hari ini, saya memulakan perpindahan.. ini kali kedua saya berpindah blog.. 2 tahun yg lalu, blog pertama saya di blogdrive. kemudian 'hijrah' ke wordpress. dan sekarang 'hijrah' ke sini.. its time to migrate!!


nak dijadikan cerita, lastweek saya makan di kantin sekolah. tiba2 berjumpa kawan lama di universiti dulu, cik F. bising kami bersembang sampai la ke blog saya yang dah bersawang2 tak update.. ntah la.. kadang2 menaip di wordpress memang agak menguji kesabaran.. ada beberapa function yang saya kurang selesa..(uiksss...mengutuk wordpress plak) ...berbalik kepada cerita cik F tadi, tak pasal2 saya kene sound dan dituduh skema, menggunakan wordpress.. haha.. (berasap juga hatiku ini..cik F oiii..hehe.) Cik F terus mempromote blogspot di meja makan kantin sekolah tersebut.. adui laaa.. Setelah berfikir hampir seminggu 2 hari (lama bukan mainn), saya pun bertukarrrrrrrr kepada blogspot yang diyakini lebih sempoii... (dah berjangkit penyakit cik F..haha). jadi, saya akan cuba untuk memindahkan apa2 yang ada di http://norazua.wordpress.com/ ke sini.
insyallah proses angkut barang akan dilakukan sepanjang minggu ini..ehehe..

Honestly, rasa sayang gak meninggalkan wordpress setelah hampir 2 tahun. mula pada April 2007.. memang banyak memori... bak kata pepatah: tempat jatuh tersungkur bagai superman lagikan dikenang, inikan pula tempat exercise jari...(haha)

itu je la kot yang saya nak mengarut untuk kali ini.. sebagai permulaan.. (kununnyer nk taip sepatah 2 kata je tadi ek)..
ok la... jumpa lagi ya.daa~
~~ saya.

HATI: Saya ingin berHIJRAH kepada yang lebih baik dari sebelumnya...


.

In the name of Allah...


Bismillahi rahmanir rahim...
(In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful...)


salam..
my first touch to my new 'batmanzua'...
........hijrah from http://norazua.wordpress.com/

=)