Monday, February 2, 2009

hati~

salam.



penah pada hari itu zua lepak di library sekolah yang zua mengajar..
sambil baca majalah Anis.
Anis -Disember 2008.
niat ingin tenangkan hati sebelum meeting pertama zua disekolah tu.
then, ada something yang menarik dari majalah tu dan sempat zua salin dalam notebook zua.
Alhamdulillah.
article asal tulisan ust Pahrol Mohamad Juoi. tapi tak ingat tajuk apa.


Imam Ghazali berkata:

"Carilah hatimu di 3 tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk bertakafur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pintalah hati kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati....."




zua percaya...hati manusia, Allah yang pegang. sebab hati adalah milik Allah. milik Allah yang dianugerahkan pada kita. milik Allah yang perlu kita jaga. kalau hilang, berdoalah agar ia kembali. kalau jauh, berdoalah agar ia dekat.... dekat kepadaNya.. berdoalah.

Allah pasti dengar. sentiasa dengar.

bagi zua, hati kita pada hari ini tidak sama dengan hati kita pada hari semalam. Iman kita turun dan naik. perasaan pun macam tu gak. Sebab kita tak sempurna. Tak pernah sempurna. Moga Allah maafkan zua bila hati zua tak cukup sempurna mencintaiNya...ameen.ameen.ameen.

Ampunkanlah, ya Allah..
zua~


No comments: