finally!!! hati zua rasa lega...rasa lapang...
hehe..
sahabat zua, Wing or nama Islamnya Nur Aishah Lee selamat jadi isteri kepada buah hatinya, Mr.Fuad! syukur. syukur, ya Rabbi. Alhamdulillah...
zua rasa zua adalah antara orang yang paling happy. trust me. Memang ini yang zua harap2 kan dari dulu untuk Wing. *sujud syukur*
"......dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula...."
[An-Nur, 26]
HIDAYAH
Memang benar, hidayah itu di tangan Allah. zua sendiri penah lihat hidayah itu pada diri Wing.
Hidayah dari Allah. yups! Buku pertama yang zua bagi pada Wing - AL-QURAN & SAINTIFIK by Dr.Danial. zua minta sangat2 Wing untuk baca buku tu. Alhamdulillah.. next weeknya, masa kitaorang lepak2 makan tiramisuuu kat The Gate Cafe (port feveret kami berdua lepak2 pekena kek tiramisu)........
"zua, i suka buku yg u bagi tu la. Allah yang buat semua..kan? zua, i nak Al-Quran tapi translate cina. banyak perkataan susah yang i tak faham dalam bahasa melayu. kena dalam bahasa cina, baru boleh faham. tapi susah mau cari lah.. boleh ke u carikan untuk i.."
" sure! i try, ok? "
masa ni, Wing belum lagi convert. tapi dia berusaha untuk mencari Al-Quran. membaca Al-Quran.memahami AL-Quran. mengkaji Al-Quran, Islam. memang atas inisiatif diri dia sendiri..bukan zua. SubhanaAllah!
** Thanks alots to Mrs.X (my xifoo) yang telah bersusah payah mencarikan Al-Quran translate cina. n thanks pada sahabat baik zua yang sudi hantarkan Al-Quran itu ke Perak. Allah akan balas jasa baik anda2 semua... insyaAllah.
MUALAF
zua still ingat, macam mana Wing mendesak Zua untuk membawanya berjumpa mana2 ustaz di daerah kami supaya mudah untuk belajar. bukan sekali, tapi berkali-kali.
Thanks to Ustaz Asta Zawawi (ustaz pendidikan Islam PMR zua) dan isterinya, Cikgu Nur Aishah Ameerah Cheong yang membuka tangan mereka seluas2nya untuk kami berdua... JKK. Malam yang paling sempurna- bila zua, mak zua,wing n mak wing datang ke rumah mereka dan terus Wing mengucapkan 2 kalimah syahadah.
zua duduk sebelah Wing. susah dia mengucap dalam bahasa Arab. then, dalam bahasa Melayu n cina.
Alhamdulillah!!!
sujud syukur malam tu for this sweet moment..
TUKAR NAMA
"wing, kalau u tak nak tukar nama pun tak pe. tak dosa lah.."
"zua, i memang nak tukar nama juga lah. nama yang makna nya lebih baik... kan lebih elok? "
"ok..betul2.better u discuss ngan aunty. minta aunty pilih ke... "
Nama Nur Aishah Lee dipilih oleh Wing sendiri dan ibu nya sendiri..
AUNTY
dalam perjalanan balik ke rumah, mak zua bertanya pada ibu wing, yang zua panggil aunty.
" U tak kisah ke Wing masuk Islam? U tak kisah dia kawin ngan Fuad? "
" i tak kisah maa.. dia Islam ke, Buddha ke, Christian ke, dia tetap anak i. Lagipun abang dia sudah convert Christian juga. Keluarga saya sudah jadi masyarakat majmuk...hehe "
kami sama2 gelak. zua ngan mak zua betul2 lega.. Tuhan je tahu.. Alhamdulillah, dah selamat.
Zua nak share pengalaman zua sendiri pada anda2 semua... boleh?
TUDUNG
Zua tak penah memaksa Wing untuk bertudung.. tak penah. cuma zua pernah kata, rambut itu aurat dan kalau buka aurat, berdosa. itu pun dah lama zua bgtau dia.. Alhamdulillah, dia ingat. Dan dia sendiri yang ajak zua teman pegi shopping tudung...shopping baju long sleeve.. Semua atas kehendak dia sendiri, bukan zua.
Dan 2 weeks after revert Islam, Wing dah nekad pakai tudung. Even keluar halaman rumah pun dia pakai tudung!
Masa mula2 bertudung , Wing penah msg zua ..
"zua, I segan la pakai tudung kat opis. semua orang pandang pelik pada i"
"siapa? kawan2 cina u ke? diorang tak suka ya?"
"kawan2 melayu la. mereka pun tak pakai tudung..."
"glupp.."
so, THINK!
SOLAT
(lokasi : port biasa kami)
"wing, telekung u ada berapa? nak zua belikan?"
"i sudah ada 2 maa.. fuad bagi 1, cikgu AIshah bagi 1. "
"u bawa pegi opis tak? kalu tak cukup, zua belikan lagi 1. nak? "
"bawa. i nak solat. tapi tak da kawan."
"kawan2 Melayu tak ajak u ke? or u yang tak ajak diorang?"
"diorang tak solat pun. Lunch hour sekejap. mereka makan sahaja."
"erkkk..." zua rasa nak tersembur mushroom soup dalam mulut zua...adoiii..
so, THINK!
TERAWIH
Alhamdulillah..sepanjang bulan puasa 2008, Wing tinggal di rumah family Fuad di Ipoh. Only for weekdays. (Fuad keje di KL)... Syukur family Fuad prihatin dan sayangkan Wing..
satu petang, hari Sabtu... Wing call zua..
"Zua, i dah balik rumah i ni.. malam nanti i nak ikut u pergi terawih... "
"Wing, zua tak boleh solat la... tak dapat la zua temankan u... u pergi seorang ok tak? pegi masjid kat sebelah pejabat daerah tu pun ok... kalau imam baca laju sangat, u diam je atau u baca apa yang u dah hafal. tak pe, jangan risau ya? yang penting u kene ikut imam.."
"selalunya i pergi dengan mak Fuad. i tak pernah ponteng lagi tau. tapi I malu nak pergi sorang2 ,zua. "
"kenapa?"
"masa i pergi terawih , semua orang pandang i pelik. mereka tengok je muka i. nasib baik i pergi ngan mak fuad...dia kenalkan i. zua, i nak solat terawih kat rumah,tapi i tak pandai lagi.."
"tak pe lah.. nanti zua minta cikgu Aishah temankan u ya?"
so, THINK!
UPACARA MINUM TEH
di bilik guru, ustaz Asta pernah datang ke meja zua dan bagitau tentang niat aunty nak buat upacara minum teh di kenduri kawin Wing. Zua risau kalau ustaz tak setuju. zua takut kecewakan aunty.. tapi Ustaz kata, its ok. sebab just minum teh. tanpa ada unsur2 doa or sembahan. sebagai tanda hormat keluarga Wing yang berbangsa cina. Yes!
"zua, u MESTI ikut aunty esok ya pegi kenduri kat umah Fuad. Nanti kita berdua pegi jalan-jalan. "
"alamak aunty, zua tak boleh ikut la.. rumah zua tengah renovate ni.. nak kene pindah barang.. nak kene jaga kedai lagi.. tu yang zua hantar hadiah hari ni. maaf, aunty..."
"ala...nanti u boleh tengok upacara minum teh. bleh rasa teh. cikgu Aishah kata nak tolong aunty rebuskan nanti.."
"teh tu pakai teh jepun ke , aunty?"
"tak la.. kalau orang cina kawin, akan minum teh. teh tu kurma merah dan longan direbus. manis maaaa..."
"ooo..kurma! longan tu buah mata kucing kan? manis la ek? ingatkan teh jepun tu.. rasa pelik, tak sedap. zua tak suka.. pahit."
"zua, kawin manyak maniss maaa... mesti la teh manis... mana boleh pahit... aiyoooo, zua.. zua..nanti u nak kawin, u mau pahit ka?.haha."
terkekeh2 aunty gelakkan zua... adoiii..memang gelak sokmo kalau sembang ngan aunty ni..
*happy*
" Moga perkahwinan mereka akan penuh dengan baraqah Mu, ya Rabb.. Moga Wing kekal Islam dunia wal akhirat.. Moga keluarga mereka...keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah...ya Rabb.. ameen.."
with luv,
zua~
=)