Sunday, February 8, 2009

Kuala Kangsar dilanggar todak~~

ok.
salam..

penderhaka sultan? hang jebat? sabotaj? tak adil?
herm..macam2 perkataan keluar kan skrang ni kat Perak. dah ada 2 MB. (bukan Mega Byte, tapi Menteri Besar!) Hebat tuh! hik3.

zua no comment le tentang semua ni. sebab kurang pengetahuan tentang apa yang betul2 n benar2 terjadi. bahaya untuk diri sendiri bercakap yang bukan2. bahaya di dunia wal akhirat..

JUST TENTANG DEMO.

tapi zua nak share sket tentang demo di Bukit Chandan,kuala kangsar hari jumaat yang lalu (06 Feb 09). hari itu zua mengajar. Madrasah yang zua ajar itu betul2 berhadapan Masjid Ubudiah yang dijadikan port untuk demo.. (seharusnya port untuk solat jumaat.)


inilah masjid kesukaan zua daripada zaman zua kecil lagi. selalu merengek pada ayah nak 'round' depan masjid ni ngan motor ayah. ntah kenapa zua suka sangat masjid ni....



zua drive nak balik dari madrasah lebih kurang pukul 12.15++ Waktu tu polis ada didepan madrasah... dan ada di mana2 pun. ramai. dan setiap polis2 itu semua memandang dengan mata yang tajam. (confius gak.. sbb zua ni muka penjenayah ke? hehe...ada sedikit getar di situ. zua yang tak penah2 pakai safety belt, terpaksa dengan tak relanya menarik safety belt dan 'berlakon' baik...seperti seorang pemandu berhemah! =p)

baru bergerak tak sampai 1 kilo, zua dah kena tahan ngan polis. polis tak bagi jalan. semua kereta yang hendak keluar dari Bukit Chandan ditahan polis. lebih 15 minit tunggu. (sampai habis 3 bijik asam masin zua makan). Kemudian Sultan Perak lalu. polis banyak..FRU pun dah mula masuk B.Chandan. dah macam ultraman Taro pun ada siap perisai2.

then, traffic jam truk. seluruh kuala kangsar jam. tak termampu nak short cut2 dah..semua kene ikut laluan polis. (sambil buat muka tak puas hati ngan abg polis tu). tggu dekat setengah jam lagi.. zua gelisah..

Actually,zua nak amik adik sedara zua dari sekolah Clifford yang biasa tak sampai 3 minit pun dah sampai (kalau ikut speed zua le). tapi hari jumaat hari tu hampir sejam baru sampai. 3 minit dan sejam - boleh kira tak brape bezanya?? pukul 1.10++ baru zua sampai di sekolah adik sedara zua tu. dalam hati kesian tengok dia duduk bertinggung menunggu zua depan church dengan berpeluh2. (luluh hati zua tgk dia..) Memang panas tengah hari tu, sepanassss demo gak le. dah le dia nak gi solat jumaat lagi.. kecian betull.. (maafkan, kak wa lambat ye!)

petang tu, zua dapat msg dari kawan zua yang jadi warden kat madrasah.

"salam. makcikk! demo kt sini gempak le.. takut ana."
"demo apa? patut le polis berjuta2 tadi"

"sampai polis n FRU pasang gas pedih mata, wa"
"dasatnye. jaga diri ya, makcikkk!"


esoknya- zua baca paper, tengok gambar2...

yang menjadi masalahnya, kenapa buat demo yang sampai memecahkan tingkap trak polis? sampai memecahkan cermin kereta orang? sampai tahan n ketuk kereta raja?

kenapa buat demo dekat masjid? kenapa buat demo dekat madrasah? kenapa mesti ditengah2 masjid dan sekolahh??

zua dengar ada student2 zua sendiri yang macam terlibat n kene hantar nama kepada pihak pengurusan madrasah (sekolah).. aishhhhhh! (zua teramat amat amat amat amat amatlahh tak suka ini.kenapa ajar diorang macam tu? kenapa buat macam tu depan otak2 mereka yang masih bersih dari 'tipu daya' politik? honestly, zua kecil hati betul~)

seharusnya, kalau ye sekalipun nak buat demo, fikir la orang2 yang betul2 nak menyempurnakan ibadah solat jumaat di masjid. fikir lah sama, kanak2 kecil. fikirlah sama suasana madrasah,asrama. fikirlah sama pelajar2 madrasah yang SPM pun tak lepas lagi..

cari la tempat lain. hormat masjid, hormat madrasah (sekolah)...


SEDIKIT RENUNGAN

zua ada terbaca semalam article dari Dr.Asri dan zua share kan di sini ayat-ayat Al-Quran dari article tersebut yang boleh kita ambil sebagai renungan kerana inilah pegangan kita yg sebenar benar benar nya. Bukankah "kita" yang saling bertelingkah di hadapan MASJID itu adalah bersaudara? yang sujud pada Tuhan yang sama, kan? renung-renungkan dan selamat beramal...

“Dan sesungguhnya inilah umat kamu, umat yang satu, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu. Kemudian mereka itu berpecah-belah dalam urusan mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap puak berbangga dengan apa yang ada pada mereka. Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa”. (Surah al-Mukminun, ayat 52-54).

[kredit : Jika Kita Hayati Perjalanan ini... from Minda Tajdid. http://drmaza.com/home/?p=552]

salam..




zua says : zua bukan pro mana2 pihak.. TAPI, adalah lebih baik kita berdemo n pecahkan cermin kereta kebal Yahudi kat Palestine tu. nak meranapkan trus pun x pe.. itu baru benar2 Jihad! itu baru benar2 layak menjerit Allahu Akbar!!!


zua~~


6 comments:

chicky84 said...

sy pun tak sokong mana2 pihak tapi sy memang tak sokong tentang usul orang lompat2 parti.. dari bn atau alternatif.. kadang2 kita tak patut pandang serong pada orang yang menyuarakan pendapat.. walauapa cara pun.. hanya Allah yang mengetahui

pali said...

akak aku duduk kat kuaters perguruan kuala kangsar, dia ngan family dia pun ada masa tu. Dok tipon dia mcm. Dia kata memang takut.

ketepikan dulu SEBAB kenapa ia terjadi, tetapi KENAPA demo jadi begini???

Sebenarnya selain FRU, ada juga unit AMAL bertugas sama. Tapi mereka pun terlibat sama berdemo.. ha,ha,ha.

Teman marah. demo dekat masjid? entahla kenapa, perkara dah berlaku. Indon ke sapa ke yang buat, tak boleh ke buat perhimpunan aman?

Bukan sahaja orang berdemo kena hormat masjid, FRU yang ISLAM pun kenalah hormat masjid. Nabi kata kalau nak serang pun jangan la serang rumah ibadat , kanak-kanak dan wanita. Macamanapun, janganlah ada pihak yang mengambil kesempatan berdemo berhapiran dengan masjid supaya masjid boleh jadi tempat back up.

tu je/:P

p/s: teringat masa berbasikal sekitar kuala kangsar, singgah di masjid ubudiah, masuk kelaman masjid dengan beskal, lalu di tegur,

"Buat APA tu?!!"

"saya nak gi tumpang tandas"


"Eee, tak paham ke, aku patah2kan basikal tu nanti!!"

"Eh?"

"Sultan je yang boleh masuk guna kenderaan!!! Arghh!!"

"oo, mcm tu ke, maaf pakcik, saya tak tau".

berlalu aku pergi memparking beskal di luar..

pegi ke tandas juga, tapi hati ini pun tak henti2 berkata

PERATURAN MACAM NI PUN ADA?!..

Anonymous said...

salam zua jelita.. hehe..

sedikit komentar dari saya yang tak arif...

-politik memang suck! huh!-

Beberapa isu;
1. Kenapa nak demo sampai macamtu sekali? OK. kita faham mungkin depa sedih, marah, etc,etc dgn apa yg berlaku (which yang tu taknak komen sangat sebab macamner pun saya takde kaitan dgn kes tu. hehe)tapi perlukah sampai baring2 begitu... sampai bersikap kurang hajar pada sultan dan menyusahkan orang lain.

2. Tapi kalau kita baca or tgk berita, kenapa ekk kalau demo dari pihak pembangkang akan dikatakan 'demo' tapi kalau demo dari pihak BN akan dikatakan 'demo aman'... saya pernah secara tak sengaja berada di dalam kawasan demo 'pihak bulan' (masatu tengah shopping kebetulan dorang buat kat situ.huhu) tgk demo tu aman je...FRU yang jadikan demo tu tak aman...and bila masuk buletin utama, nampak sangat2 tak aman...saya jadi pelik. kenapa berlaku tak adil? dan kenapa FRU yang lebih2...seriusly kalau takde FRU memang demo tu takla jadi huru-hara...taklah salah kan FRU. FRU pun jalankan tugas tapi kenapa ye? kerena politik...keadilan tu macam tiada langsung!

3. erm...sultan pun manusia biasa...kalau sultan salah, tetap salah... jangan hanya kerana title sultan, boleh buat apa2 sahaja...sultan tak ma'sum.
(berdasarkan komen ibn atari, takkan kerana dia sultan kita nak tumpang tandas nek beskal pun kena marah mcmtu?)

tapi sebagai rakyat, kita tidak boleh bersikap kurang hajar pada pemerintah... kan rasulullah dah ajar banyak cara utk menghormati pemerintah! kata nak bawak islam, nak tegakkan hudud...tapi kenapa benda macamni tak ikut landasan islam?

zua jelita said...

salam...thanks pd yg sudi comment! thanks!! Alhamdulillah..
macam ni la encik, puan and cik.
zua jelita sebetulnya tidak berkeinginan untuk sembang atau berbalah tentang politik or isu kedaulatan sultan...or parti mana2.
just menulis tentang DEMO. (bold)
tak tahu la nak kategorikan demo aman atau rusuhan. (encik,puan and cik mungkin boleh fikir sndiri kot).
just, sbg seorg guru or CIKGU, saya kecil hati bila ianya mengganggu ANAK2 MURID saya.
saya tak suka itu.

zua jelita said...

and one more thing! yang baik,letak kan dekat di hati kita. yang buruk, jauhkan..jauhkan..jauhkan sejauh2nya..
(kalau org lain nk terjun neraka, takkan kita pun terjun sekali?)

Allah bg OTAK. letakkan diri kita sebagai salah seorg ULUL ALBAB. cayuk!

cukuplah Al-Quran n sunnah. klu nak buat sumthing, sile le belek2 Al-Quran.. Ianya lengkap! percayalah. and ushar2 le hadith mana2.. ok? take care.

zua jelita said...

macam panassss plak kotak2 comment kt cni.. nnti zua jelita tulis entri terbaru ye.. kasi cejukk sket! =p