salam..
semangat baru!
mohon semangat baru! cayuk2!
BUKAN KURSUS KOSONG
zua baru balik dari kursus "Lompatan Saujana Siri 1" di INTIM (Institut Tadbiran Islam Perak) di Ipoh untuk 3 hari 2 malam. Kursus untuk guru-guru Sekolah Agama Rakyat n Sekolah Agama Kerajaan Negeri seluruh Perak. dan zua mewakili Madrasah Idrisiah bersama2 kakak A yang cun. Hati zua seronok. suka bila dapat berjumpa n berkenal ngan orang2 yang baru. yang SOLEH wa SOLEHAH. ok what? hehe..
Kursus dikalangan guru-guru sekolah agama beri pengalaman berbeza. Berserban, berpurdah, bertudung labuh bulat, berjubah etc.. 80% yang datang adalah guru2 agama, I'dadi dan thanawi. JUST lebih kurang 20% je guru2 akademik. (termasuk diriku yang tingtong ini..hehe)
Biasalah, bila berkursus tentu 70% dr program ialah mendengar ceramah. and 30% untuk group work n presentation.
Ceramah2 di sini sememangnya best! hebat!
banyak yang zua fikir, muhasabah diri.. and zua ingin sekali share ngan korang2 and anda2 di sini.. insyaAllah..
JAHAT atau TAK JAHAT?
ada satu ceramah yang betul2 berkesan di hati zua. ceramah dari Ustaz Ahmad bin Mohd Tayib, ketua pegawai latihan INTIM. tajuk "Mendekati Nilai Ketuhanan".
beliau membahagikan manusia kepada tiga :: KONVENSIONAL :: UNIVERSAL :: AGAMA ::
dan kita adalah terletak di salah satu antara tiga jenis manusia itu. tapi di mana???
KONVENSIONAL : yg kurang menjadikan agama sebagai perkara terpenting.. pentingkan kejayaan diri.. akademik..karier... family... dunia sosial yang tanpa batas.
UNIVERSAL : seimbang.. dia taat pada agama.. tapi juga melakukan perkara yang menghampiri maksiat, dosa atau kurang baik..
AGAMA : pentingkan agama dalam hidup. buat apa sahaja, mesti ingat n fikirkan tentang agama.
Ustaz Ahmad meletakkan AGAMA cukup lengkap bagi kesemua perkara dalam kehidupan kita :: KELUARGA :: KERJAYA :: PENDIDIKAN :: EKONOMI :: KEPIMPINAN :: SOSIAL :: MASYARAKAT :: DAN LAIN2 ::
Malam tu, after explaination...beliau bertanya satu soalan kepada 'kami' di dewan auditorium yg sejuk itu. satu soalan dr power point beliau...
( cube korang2 or anda2 semua jawab soalan ni... meh cube meh..)
Ada 2 Orang...
1. Orang yang sembahyang , tapi perangai huru hara. (dia main nombor ekor, bomoh, karaoke, menipu, buat maksiat, bahasa kasar...)
2. Orang yang tak sembahyang , tapi perangai ok. ( walau x sembahyang...tapi tak main nombor ekor, tak menipu, tak berbomoh, baik dengan orang, suka menolong, berbudi bahasa...etc...cuma x sembahyang.)
soalannya: Orang yang tak sembahyang tu kita nak kategorikan sebagai apa?A : JAHAT
B: TIDAK JAHAT
C: TIDAK SEMESTINYA JAHAT
THINK!!
.
..
...
teng..teng....
...
..
.
Ustaz Ahmad suruh 'kami' berfikir jawapan sebab dia nak soal sorang2. ramai yang jawab TAK SEMESTINYA JAHAT.
tiber2 ustaz point pada zua, Zua trus jawab A: JAHAT!!!!
kuang..kuang..kuang...
ustaz sengih kat zua.. zua pun sengih balik.
then, ustaz point pada orang lain plak... tibe2 je zua rasa malu plak, bler ustaz2 berserban n ustazah2 yang pakai purdah& tudung labuh, mereka semua memberi jawapan - TAK SEMESTINYA JAHAT. siap bagi hujah2 n speaking Arabiaa lagi pada Ustaz Ahmad.. (dalam hati : aduhh, confirm kene pandang senget pasni).
biarlah..janji zua bagi jawapan yang zua rasa betul. jujur itu penting walaupun macam alien. kan?
hehe..
Majoriti kata TAK SEMESTINYA JAHAT. ada gak yg kata TAK JAHAT sbb hati dia baik. n ada 2-3 orang je yang kata JAHAT termasuk zua.
kakak A yang cun duduk sebelah zua, bisik pada zua. " eh, kenapa azua pilih JAHAT? tak semestinya dia JAHAT lah... Dia x buat dosa. lagipun dosa pahala n jahat baik org, Allah yang tentukan.." Jawapan yang steoreotaip yang ustaz ustazah kat barisan depan2 sana bagi pada Ustaz Ahmad. zua angguk. malas nak berbisik. buat pressure pada tekak je.. lgpun, zua dh fikir mcm tu ...nk wat cmner..
then, bler ustaz Ahmad dh puas hati tanya orang2 lain, ustaz Ahmad pun tanya,
Sembahyang tu wajib x?
WAJIBBB! (semua jawab)
kalau x sembahyang berdosa x?
berdosa laaa... (seorg ustaz berserban jawab kuat)
Kalau dah berdosa, dia jahat ke baik??
semua diam...
ZUA SENYUM LEBAR!
YES!!!!!!!!
so, jawapan nya ialah... A:JAHAT.
dari soalan ni, mungkin kita leh kenal diri kita.. apa yang paling penting bg diri kita.. sama ada kita ini KONVENSIONAL , UNIVERSAL atau AGAMA.
Alhamdulillah.
Zua share kat sini ya...kenapa zua pilih A: JAHAT.. bukan sebab saja nak bagi jawapan yang lain dari orang lain untuk glamer or popular.. tapi sebab bagi zua, Orang yang tak sembahyang, dia sebenarnya sangat zalim. sebab dia zalim pada diri dia sendiri.. tak sembahyang ertinya berdosa. so, mmg zalim la sbb biarkan diri sendiri berdosa..ye tak? tak melindungi diri sendiri pun..apatah lagi nk melindungi orang lain.. herm... (INI YANG ZUA FIKIR SEBELUM ZUA JERIT JAWAPAN ZUA PADA USTAZ AHMAD)
then, ustaz kata, saper yang jawab A:JAHAT, dia mungkin dikalangan org2 AGAMA. hidup dan hatinya pada AGAMA. tapi benar2 ke zua di kalangan manusia jenis itu?? i'm not wearing purdah.. i'm not wearing tudung labuh yang bulat tu... n i never wear any jubah in my life!
n i am the one and only person yang berkursus di situ yang pakai jeans untuk ke dewan makan INTIM. sehinggakan ada beberapa orang ustazah yang usha pelik pada zua.. walaupun pakai baju labuh, n tudung agak labuh (tapi agak singkat berbanding mereka2) tapi still semua memandang my jeans! (kes x bawa banyak baju kurung..)
zua became a weird person among them.. T_T
SO, am i in AGAMA group?? layak ke?? kuang3x..
zua tak layak sebenarnya... because i always think that, i am an UNIVERSAL person.. and i am disappointed about that. because zua memang jauhhh nak dibanding ngan ustaz n ustazah yang datang kursus tu.. mmg zua suka dapat beribadah but in the same time, i also do " a lots of 'lagho' things" ..hehe.. BUT, Zua suka belajar. AND, akan belajar. insyaAllah.
(info for readers yang tak mengenali 'zua jelita') .... zua bukan ex Al-Azhar, bukan dari syria, mekah.. or jordan. tapi zua hanya grad dari universiti di sebuah negeri Darul Roket. *sila beri tunjuk ajar*
TAPI......AGAMA ITU MUDAH! =)
INPUT
ada banyak lagi sebenarnya input2 yang zua dapat dari kursus ini. nanti zua akan cerita lagi kat sini ya.. apa2 pun, zua syukur sangat sangat dipilih mewakili Madrasah zua. Alhamdulillahhh...
kualiti gambar x best.. sebab tangkap gambar thru camera. ni la geng2 kursus 'Lompatan Saujana Siri 1" untuk Guru-Guru Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Kerajaan Negeri untuk seluruh Negeri Perak. bersama2 ustaz penyelaras yang 'smart'..hehe...
pergi ke majlis ilmu memang menakjubkan! syukur. walau penceramah tu bukan mufti, bukan ulama2 terkenal dan bukan ulama2 dari oversea, tapi sekurang2nya Allah masih bagi peluang pada zua untuk belajar. and the most important thing, i got a lotssssssssssss of 'ilmu'. and i put it in my heart...always in my heart.. my mind.. syukur... thanks, Allah! Thanks. love U so muchhhhhhh!!sebelum ni zua selalu terkulat2 mendengar cerita2 dari sahabat baik zua yang selalu berpeluang ke majlis ilmu yang best2...dapat jumpa mufti, ustaz phD, ustaz2 glamer and ulama2 dari oversea.. dia sungguh bertuah. HONESTLY, zua selalu kecil hati sebab zua tak dapat peluang tu.. xpe lah... mungkin akan ada rezeki zua pada masa akan datang... who knows..
PULANG KE RUMAH
"kakak, ayah demam ni. rindunyaa kat kakak!" tibe2 je ayah zua serbu bilik zua after dia balik kerja.
"alolo...ciannyer..."
i miss u tooo,ayah.
zua~~
2 comments:
zua, INTIM tu tempat sy main masa kecik2 dulu bcoz ayah slalu jadi fasi utk kursus.
dan penah bwk rombongan MMU melawat Perak stay sana jugak. very the selesa, kan? walau dekat dgn jerat cina. hehe.
yups! very the selesa!! hehe...
tenang sgt tempat tu.. sy tido kat hostel budak2 tahfiz.. kot2 aura depa leh lekat...keh3x
ur ayah keje kt INTIM?
Post a Comment