Wednesday, May 8, 2013

aku hamba Allah....mana ada hebat pun..jasad dan roh serta apa yg aku miliki semua nya milik Allah..smpi masa kembalilah aku kepada Allah...

Friday, May 3, 2013

Jom memangkah!

salam..

satu hari je lagi nak pilihanraya 13 kan... berdebar2 sebab ni kali pertama saya akan mengundi dan memangkah.. so excited!

tentunya facebook penuh dengan post2 yang bersemangat dengan parti masing2 .... dan ada yang bersungguh-sungguh mencacakkan bendera di merata-rata tempat...

di sini, kuala kangsar sudah cukup membuatkan kita seperti berada di majlis birthday yang besarrrr penuh dengan warna-warna....bendera, bunting, belon....wow!!

seronok melihat bendera berkibar ditiup angin ketika melintasi jambatan... biru ada hijau pun ada... hehehe....

so, apa tunggu lagi...bersiap sedialah kita ke bilik memangkah undi!!

apa-apa pun...undilah calon yang terbaik.. calon yang dapat memelihara Islam dan melayu...

jangan sesekali menkotak katik kan pilihan undian orang lain sekali pun pilihan dia adalah berbeza dengan kita... itu sangat-sangat penting... pasti setiap orang ada sebabnya yang tersendiri..

jika kita hormati orang lain, maka kita pun layak untuk dihormati... jika sebaliknya, kita tidak layak dihormati..... betul x?

jika kita mencaci orang lain, maka kita pun layak menerima cacian yang sama... mahukah anda dicaci??
THINK!

Jom Mengundi..

cau dulu...

zua

Thursday, February 7, 2013

TQ, Allah!


Assalamualaikum..

=)

EMPTY POCKETS AND HUNGRY STOMACHS-teaches a Million things in Life!

MAKES ME THINK!!!



today, we always want foods of our taste.. HOT..DELICIOUS..
plus, always grumble that the food could have been served better.. full of decoration....
with alotssss of 'master chef' around this world...

BUT.. these hungry bellies search food from garbage and chew leaves or die.....
goes to bed hungry every night....suffer....



now, one of every seven people worldwide is suffering from hunger.
while Allah is giving us too much.....

All the praises and thanks be to Allah!


"(The righteous are those) who feed the poor, the orphan and the captive for the love of ALLAH,(saying): we feed you for the sake of Allah Alone; we seek from you neither reward nor thanks....'" -The Holy Quran, 76:8-9.




Wednesday, February 6, 2013

Surat Untuk Tuhan....




Ya Allah, Ya Rabbi.. 

Letakkanlah dunia di tanganku,bukan di hatiku...  
Dan pada saat aku hilang cintaku, anak-anakku, keluargaku, sahabatku, hartaku, pekerjaanku, keupayaanku dan kasih sayang orang lain.. Aku mohon agar aku masih mampu sujud syukur padaMu walau betapa sedihnya hatiku... 
 Ameen ya Rabb..ya Rabb...tolonglah aku...  

ikhlas dari hambaMU, azua~







Monday, November 5, 2012

ku tahu ku ada Mu..


Kau beri ku kekuatan,

Untuk berpegang pada jalan,

Walau penuh dengan cabaran

ku tahu ku ada Mu...


Tuesday, September 18, 2012

kaya jiwa...




“ Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi..

Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.. 
      Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.. “

Ungkapan yang terbaik...sebagai motivasi untuk saya terus berkerja bersungguh-sungguh.. walaupun saya mengajar sebagai seorang 'guru wakaf'... dengan gaji yang juga 'diwakafkan'..tapi saya tidak pernah menidakkan kerja-kerja saya yang menjadi tanggungjawab sendiri...kelak akan dipersoalkan di kubur...tetapi kenapa ada orang yang menerima gaji yang sepatutnya tanpa perlu wakaf-wakaf bagai.....siap DG yang tinggi...namun malas dan suka membuli orang lain?

ingat-ingatlah mati... semua orang ada kerja & tanggungjawab masing-masing... umur 40++ tahun bukan satu tiket untuk awak membuli orang lain.. usia yang 'tua' bukan alasan untuk awak malas berkerja.,. 

salam sweet & manja2 dari saya... mari menapak ke kelas k! (>.<)v

zua.


Wednesday, May 16, 2012

Terima Kasih, Cikgu!

assalamualaikum dan selamat sejahtera!!

16 Mei datang lagiiiiiii!!!!


Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru & Happy Teacher's Day kepada semua guru-guru saya yang sgt2 di sayangi.....Terima Kasih, Cikgu!


Tadika Kemas (1990) -  Cikgu Salmiah dan Cikgu Zaida

SK Padang Ampang, Kuala Kangsar  -  (1991 - 1996)


                          Sir Rozali (BI UPSR), Cikgu Zaiton, Cikgu Saodah, Cikgu Fariza (BM), Cikgu                                                 Abdullah (MATH), Cikgu Hanimah, Cikgu Salwati, Ustaz Nazir, Teacher Hany, Cikgu Rothiah dan semua cikgu2 termasuk cikgu2 praktikal.

SMK Raja Permisuri Bainun, Ipoh  - (1997 - 1999)


                        Ustaz Asta (Pend.Islam PMR), Teacher Hanida (BI), Cikgu Razak (BM),  Cikgu Zulkifli (GEO), Ustazah Bakhairiah, Ustaz Mohd Noor (B.Arab), Cikgu Anizah (Sejarah), Cikgu Rojita (MATH), Cikgu Rokiah (KH), Cikgu Zurina, Cikgu Shamsuddin (sains), Cikgu Ali  (pend.Seni), Cikgu Ramli (PJK), Cikgu Nihayatun, Cikgu Normah, Cikgu Husin Kamdi (pengetua) dan semua cikgu2....   





MRSM Taiping  -  (2000 -2001)      


                        Cikgu Razalan (fizik), Cikgu Hamidah (bio), Cikgu Salmiah (BM), Teacher KumLeen (BI),Cikgu Haniza,Cikgu Suzlin (math&Add Math), Ustaz Naza (PI), Cikgu Nawawi (sejarah), Cikgu Mariam (sejarah dan warden), Cikgu Juriah (chem), cikgu fauziah (chem) cikgu hamed  (fizik), cikgu wan (fizik), Cikgu zakir (sejarah), Cikgu Tengku Asilah (penyelia Tesis) Cikgu Junaidy (kaunselor --minta maaf cikgu, saya selalu wat hal ms form 5 dulu,selalu kene kaunseling) dan semua cikgu2 yg penah bg kuliah....

KMPP (Matrikulasi Pulau Pinang,KepalaBatas)  - (2002 -2003)


                      Pn. Mashita, En. Danial, En.Azman, En Arman (bio) Pn Junaidah, Pn Noor Asilah (math), En.Hisham, Mr Heng. Mrs Lai (chem) dan semua pensyarah2 yang mengajar tutorial &  kuliah....

USM , penang    (2003-2006)


                    Dr Latifah, Prof Itam, Prof Gong, Prof Chan lai keng, Prof Kamarulzaman, Dr. Zainal,  Dr.Hasnah, Dr Shaida, Dr Sudesh, Dr. Nurul, Dr Anis, En. Hazli, Pn Nurdijati, Prof Baha, En.Baha, En.Kumar dan semua lecturer school bio..


Terima Kasih,Cikgu!
(MESTI dengar k!)

Sebuah lagu sedap untuk semua cikgu-cikgu yang telah memberi ilmu kepada saya..... terima lah.....



Saya doakan agar semua cikgu-cikgu saya (Muslim) dirahmati dan diberkati Allah dunia dan akhirat..amin.
mohon maaf di atas kelakuan dan kenakalan saya..

p/s   :  Saya terlalu ingin untuk berjumpa Cikgu Razalan, cikgu fizik SPM saya dan Cikgu Hamidah, cikgu biologi saya... mereka ini sering beri semangat pada saya waktu saya nakal dulu.....sehingga sekarang saya menjadi cikgu fizik dan amik cos bio...............tapi nk jumpa kat mana,cikgu...????  =((

with luv,
zua~



Monday, February 13, 2012

orang Islam jahat??

Asslamualaikum dan salam sejahtera!!

huhu......buletin panas.panas hati.hati terbakar.terbakar semangat.semangat jiwa.jiwa Muslim.

PLANET BARU UNTUK KITA?

Saye berjalan-jalan sambil bersiar-siar di YouTube.
terjumpa video image planet baru. kononnya EARTH-LIKE PLANET.wallahualam.

sesungguhnya saya teruja, dpt tengok sebuah rahsia ALLAH yang sgt jauh di sanaaaaaa...

Planet yang diberi nama Kepler 22b ini sedang berada sejauh 600 tahun cahaya daripada kita di sini. jauh bebenor benor! Di namakan sebagai Kepler 22b ini oleh NASA disebabkan Telescope yang merakam dan menjumpai image planet ini ialah Kepler Space Telecope, kepunyaan NASA.

sebenarnya masa mula mula NASA jumpa image planet Kepler 22b ni tahun 2009, tapi diperkenalkan tahun lepas (2011). mungkin dapat image yang lebih baik dan jelas kot. Saya kurang pasti.

Kepler 22b ini 2 kali ganda lebih besar daripada bumi dan kekuatan gravity nya juga 2.4 kali ganda dari gravity bumi. Suhu ~22 darjah celcius. ianya dijangka mengambil masa selama 290 hari untuk 1 pusingan lengkap orbit yang mengelilingi bintang Kepler 22 (ibarat macam Matahari la..)

jarak Kepler 22b ini dari Bintang Kepler 22 hanya kurang 15% je berbanding jarak bumi ke matahari. jadi possibility untuk planet ini mempunyai kesamaan dengan planet bumi ini adalah logik. hehe...(ini pada firasat saye je le...mungkin kan?)

opss....melalut pulak kita nyembang pasal planet Kepler 22b ni plak kan...ok..ok..terlebih sudah...hehe..tapi ape kaitannye dengan tajuk kita pada hari ini iaitu ORANG ISLAM JAHAT???

begini ceritanya....


di bawah ini saya linkkan video berkenaan planet yang baru di jumpai ini..




saya klik juga related video tentang Kepler 22b ni.. malangnyer.....

ini yang saya jumpai.... (sila beri perhatian anda pada time 0:39 )



gambar seorang lelaki berserban dan berjanggut, imej seorang Muslim. (iras2 Osama) yang dicop sebagai terrorist @ pengganas dunia. huh.. besar keluhan saya. hinggakan video ilmiah, saintifik macam ni pn masih dijadikan tempat untuk memburukkan Islam. tension betul..macam tak berkaitan lansung.

itu belum lagi blog, video2 upload and fb or twitter yang terang lagi berspotlight menentang, memaki hamun, fitnah & sebagainya. memang banyak sgt...

anyway, saye dah cari peng'upload' video ni.. mrAworld (nickname dia kat Youtube). saya jejak dia sampai ke fb....Amarjit Singh. otak sempit dia ni.

ape yg saye harapkan alam yang besar lagi luas lagi tersangat sangat sangat sangat besar ini dpt bukakan otak diorang kat kuasa MAHAHEBAT...

dan kita sebagai Orang ISLAM berusahalah menjadi seorang ULUL ALBAB yang boleh dibanggakan oleh orang ISLAM yang lain. dan tutup mulut mereka. berusahalah!

ALLAH knows best..


moral of the story mori saya hari ini, betapa besar sesangat alam ciptaan Allah. seandainya kita dapat merasai perjalanan sejauh 600 tahun cahaya yg sangat jauh itu hanya untuk ke sebuah planet kecil seiras bumi, maka jauh lagi..besar lagi dunia ciptaan Allah di 'atas' sanaaa...


tu je ari ni,

mood : frust benor rasa
zua~

Saturday, February 11, 2012

Wallet kuuuu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

haiiii

hehehe

lalalalala....akhirnyer saye dah pun ada MYCARD yang baru dan juga 2 bankcard atm yg baru setelah saya 'buat2 bodo' je 2 bulan lebih..dh macam pendatang asing je..

sebabnye saya hilang wallet 3 hari sebelum saya keguguran kali ketiga. kalau saya tak 'buat2 bodo' dan menangisi pemergian wallet saye tu, mau gila meroyan lak nnti nye...emosi x stabil lagi. muahaha.


KISAHNYE MACAM NI


Alkisahnya bermula pada hujung bulan sebelas 2011...tarikh yg tepatnye pada hari paper fizik SPM 2011, di mana saya telah MENGHILANGKAN wallet saye yang xberape nak tebal sgt di setesen bus kuala kangsar.

MYCARD & JABATAN PENDAFTARAN


dan sehingga semalam baru le saye menjejakkan kaki ke pejabat pendaftaran untuk menangkap gambor muka saye untuk MYCARD. dan berjaya membuktikan diri saye ni sebagai warganegara MALAYSIA yang unggul bermutu dan penuh gaya... huhh

malangnyer...walaupun berbekalkan salinan repot polis (dengan resit 2henggetnye sekali) saya menceritakan pada akak kerani jabatan pendaftaran (tak ingat nama sebab bengang sgt) tentang cerita saya TERCICIR dan HILANG wallet di stesen bus, tapi si kakak tersebut (dia pakai spec mata, lingkungan umur 30-an) tetap juge minte saye bagi RM 110.00 untuk MYCARD yang baru atas alasan kecuaian diri saya sendiri.

PAnas gak hati saya ni walaupun pejabat tu aircond nye 24 darjah celcius. lantas dalam keadaan PAKSA RELA (sebenarnya tak rela ok!) saya pun bagi kat dia RM110.00. panas.panas.panas.HAHAHAHAHA!

lagi malang, apabila terpaksa tangkap gambor untuk IC dengan muka yang panasssss.
buruk sudah IC ku itu nnti.. T_T

dari apa yg saya sembang dengan si kakak tu:

IC HILANG ATAS KECUAIAN (walaupun ada report polis panjang berjela) - RM 110.00
IC YANG HILANG (warga emas & pelajar sekolah) - RM 60.00
IC YANG ROSAK - RM 10.00

IC HILANG AKIBAT KES RAGUT ATAU ROMPAKAN - PERCUMA

begitu la seadanya......duit saya RM 110.00 tu kemana la agaknye ye?? huhuhu :-"


RHB BANK

then, saya pun menapak ke bank2 berdekatan. menapakkan kaki di bwh matahari yang panas. bermula dengan bank RHB. huhh....servis sgt lembab. slow bebenor benor. sejam lebih saye dok tercogok kt situ. dh le x sistematik lsg. dh tibe time saye, kene pi amik borang kt depan (siap kene minta kat pak guard). pastu tunggu lagi 15 minit. kerani tu (perempuan cina awal 40-an kot) leh siap pegi kira duit kertas beribu riban plak dh... perghhh...setelkan la dulu card ATM saye tu kot ye pun...sembang dgn kerani sebelah dia satu hal lagi.. panas panas.. 2-3 kali sy tanya "lama lagi ke???????????????"

hahaha.

(ARAP2 CEO RHB BANK baca blog saya ni and amik tindakan sbb dah 2 kali saya kene bende yg sama dengan kerani yang sama. RHB BANK KUALA KANGSAR)


BANK RAKYAT.

Ape2 pun Bank Rakyat terbaik arr... servis tip top. siap tolong isikan borang, tanya kabar, senyum beri salam. untuk buat kad bank tu, tak sampai 10 minit dah siap semua. tak payah nk kene tukor2 no pin lagi dah. setel.

Di sini saya nak bagi kerdit dan terima kasih pada kerani Bank rakyat yang bantu saya tu, EN. HARIMIE BIN (x ingat...). baik benor orangnye. Muka pun ada iras sejibik macam pelakon Piere Andre. hehe

Kot2 lq CEO Bank Rakyat baca blog saya ni, naik kan le pangkat EN. HARIMIR ni. =D

ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

bukan le saye nk mengutuk atau mengeji atau memuji sesiapa di sini. sekadar sebuah cerita pengalaman yang leh jadi teladan kot. betapa besarnye terima kasih dan kesenangan pada yang membantu di kala saya kesusahan. fikir2kan dan selamatlah beramal. ye tak?


Makanya...

sebahagian daripada sebuah hadith...

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: ”Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat......."


(RIWAYAT MUSLIM)


nanti kita jumpa lagiiii


hehehe


ingat nak kene beli yang macam ni je nanti.buat gelang tangan. senang citer. comey gak pe..haha.




zua~~

Thursday, February 2, 2012

BM vs BI

assalamualaikum n slmt sejahtera.

vavavooom!

2nd day kembali ke sekolah setelah sebulan unpaid leave..
walau masih tak sihat mental 100%..
tapi sgt semangat nak jumpa anak-anak murid yang baru untuk tahun yang baru~! =D

tapi ape yang ganggu benor jiwa raga saye ni ialah... sempat ke saye ni nak membelek2 buku teks fizik n sains form 4 yang dh berubah terus guna bahasa Malaysia.

dgn kesihatan mental saya yang tak seberapa ni...hehe...agak terganggu sebab kekeliruan saya sendiri untuk 'term2' scientific begini. (ke saye sorang je cikgu sains yg rasa cmni?? heeee...klu ye,xpe la..saye mmg x sihat lagi)

cikgu2 lain cmner? kome sumer ok je ke ek?

saya ni bukan le cakap omputih berabuk pun,(explaination guna BM gak) tapi sblum ni dh biasa guna term2 scientific in english...pening juga saya ni..tambah2 nk ngajor formula2...symbol..SI Unit...sume guna symbol english.

ce kome sume tgk ni :

cerebrum.....jd........serebrum
cerebellum.....jd........serebelum
consistency....jd.......kepersissan
accuracy......jd.......kejituan


kome nampok x? idak ke lain benor ropenye...aishhh...ni baru sikit...baru sehari ngajor..mujur le form 5 masih lg guna term english..xle gayat benor nak SPM hujung tahun ni.. masalahnye budak form 4 ni le ha...

budak2 ni pun nmpk kepayahan deme.. dh belajar sains dr darjah satu in english, tetiba tukar BM...(form 4 2012 ni batch pertama science + math in english)

tapi ape2 pun, PHYSICS A+!
opssssss, FIZIK A+ ok!

berusahalah cikgu!!



=D

zua~


MORAL OF THE STORY : kesian anak2 murid saye. huu.. guane?

Wednesday, December 21, 2011

live life to the fullest!

Assalamualaikum...

long time no see...rite? huhhh......i gonna miss my blog so much..
almost 2 years did't come here.... =)

and now, i'm here!!

since 2008 until 2009....and now 2011...at the end of 2011. zua?? huu... Married. PUAN zua. more 'bigger'. a physics teacher. older but still chomey ok... =D


TODAY..21 dec 2011...

My 3rd miscarriage... bleeding still occur...really hurt....its killed me inside...
Frustrated... Blurr....... Painful..... Hurt....

But nothing going to change...
Just i need to be strong like a batman. =)) Everything happen for a reason. ALLAH knows best... always believe that!

three time miscarriage make me strong. saya tahu Allah sedang memberi kasih sayang Nya pada saya. Dan saya sedang menikmatinya.. Sweet. =D


Hopefully....

I sent my babies to heaven....


LoVe,

Zua =D




Wednesday, August 26, 2009

ok per?

Assalamualaikum!


Bismillah..

"Oh you who believe! Fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you, that you may learn rightousness (taqwa).."

[Al-Baqarah, 183]sadakallahualazim..

Salam Ramadhan, semuaaaaa!!
amacam puasa? ok? penat? best?

PUASA

"ala...puasa2 ni terbatas la sket aktiviti harian.."

"boring sket la...banyak yg x leh buat...ye la..kan puasa.."

ni ayat2 biasa KITA. btol x? hehe..


BORING

Memang mungkin betul..byk aktiviti yang x leh buat masa bulan Ramadhan ni kan... nak bersukan pun fikir byk kali... nak kuar shopping pun pikir 10 kali walaupun bg seorang otaii shopaholic yg terpaksa tahan gian shopping... hu3..

bler sumer mende kita rasa x leh nak buat, memang akan boring..


HADIAH..

Bagi zua, bulan Ramadhan ni penuh penuh penuh dilimpahi rahmatt melimpah limpah..

Hadiah dari Allah untuk membantu.. bukan menyusahkan..
tapi otak kita je yang selalu fikir susah dan menyusahkan diri...

kite ni kene fikir yg happy, klu kita nak enjoy life kita..

zua bg contoh...

(I)


NEGATIF :

Alhamdulillah, tahun ni Trial SPM, UPSR dalam bulan Ramadhan.. memang byk rungutan dari students...puasa2 ni,focus nnti mesti kurang... yang bestnyer, siap bg hujah scientific lagik kat zua..haha... Cikgu, otak kurang tumpuan sebab kurang air dalam badan, so kurang la oxygen ke otak... jadi function otak kurang sedikit...so, x sesuai la nak memerah otak dlm exam time berpuasa... (otak x function ke, otak tu kosong?) hu3 =p

POSITIF:

herm... tapi kalu kita fikir secara positif, dalam Ramadhan ini kita akan sujuddd kepada Allah lebih banyak di malam hari kan? terawih! akan lebih byk sujud berbanding hari-hari kita yang lain... jadi setiap kali sujud kepada Allah itu, bukan kah begitu banyak oxygenated blood akan menyusuri blood vessel di otak kita... bukankah akan begitu byk molecul2 oxygen bg sel2 otak kita bernyawa? Ok perr? THINK! =)


(II)

bagi yang merokok, ini masa yg sesuai untuk berhenti merokok... Normal,proses stop smoking ni tersangat susah... Azab woo.. Xtually, mende ni kene slow2..kurangkan sikit2... nak berhenti terus dgn drastik, mungkin TAK AKAN BOLEH... kalau tak puasa, mesti layan rokok tak hingat dunia nyer... Then,puasa ini lah peluang untuk slow2 kurangkan..btol x? bcoz mind kita dh set, puasa xleh merokok, so kemaruk tu kurang le sket... tu la hadiah Ramadhan untuk anda!! ok per..?? THINK! =)

kurangkan secara slow2... sampai la lama2 nanti, diri akan terbiasa tidak melakukannya lgi.... insyaAllah...

method yg sama gak untuk yang gian usha cd blue, drug addict, 'ringan-ringan' ngan awekss...etc..


tu contoh2 yang zua pernah tengok and dgr rungutan orang2 disekeliling zua..masalah lain, zua x tahu la.. tapi puasa sebulan ni sebnarnya sebuah hadiah dari Allah...
Allah nak tolong kita dengan cara Dia..

appreciate le, wehhhhh!!!


ENJOY UR 'RAMADHAN', a gift for u!


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.”

Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Ok lah... May this Ramadhan be a month of blessing, a month full of forgivenesses and guidances for all of you and family...

luv,
zua..





Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan...

Assalamulaikum!!

Salam Ramadhan untuk semua...
Semoga Ramadhan ini akan lebih mendekatkan kita dengan
Nya..

InsyaAllah...


Salam maaf dan sayang,
zua~~
=)

Friday, August 7, 2009

cayang cangat2!!

Assalamualaikummm!!

ehem...ehem... zua dedicated kan sebuah lagu untuk mak n ayah zua yang terchentaaa!
tajuk 'Jasa bonda'.. tapi untuk ayah pun gak!!
meh dengar meh..




MAK AYAH

Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:


"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.

"Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.

"Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.

"Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.


"Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."


Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." � (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

~~petikan Tajdid Iman Berita Harian. 28/07/2009. Tulisan Dr.Juanda Jaya (mufti Perlis)~~


ZUA ISTIGHFAR BANYAK2..

pernah satu ketika, zua telah menyebabkan sahabat baik zua yang amat zua sayanggggi menjadi anak yang melukakan hati ayahnya.. satu kesalahan dan DOSA besar yang zua penah buat. secara tak lansung zua hampir2 mencampakkan sahabat zua yang amat amat disayangi itu ke neraka.. menyesal gler2.. sujud taubat!!!! arap2 Allah terima..

tibe2, ari ni zua rasa nak kongsi ngan semua.. dosa menderhaka ibubapa, dosa besar.. zua sentiasa percaya, tiada seorang mak atau ayah pun yunk mahu menyakitkan anak mereka.. apatah lagi membenci... mungkin,kita sendiri yang salah.. macam lirik lagu kat atas tadi tu... "marah bukan kebencian, tapi tanda sayang.."

HAKIKAT CINTA SEJATI?

Cintailah cinta tanpa syarat..

luv, zua~~


Thursday, August 6, 2009

awak ex skolah maner ek?

Assalamualaikum!


zua nak citer sumthing n nak share apa yang zua rasa n fikir... tanpa diskriminasi.

last 2 weeks ago, zua ada borak dengan seorang pemuda yang baru zua kenal. conversation kitorang agak panjang berjela.. tapi x ingat apa yang zua dah sembang.. agak lama.

just ada satu soalan dari pemuda ini yang membuatkan zua terdiam.. ha3. nak gelak pun ada.. nak marah pun ada.. nak menyekeh pun ada.. hua3.

" awak, dulu awak skolah agama kat mana?"

zua diam.

"awak...awak ex skolah maner ek?"

"mrsm"

"hah? bukan skolah agama????" pelik sangat bunyi intonasi suara dia.. sebijik macam dia tengok zua menjelma jadi x-men plak... adess..

honestly, zua tawar hati nak sembang lagi...



BUKAN SEKOLAH AGAMA

iye! zua bukan ex dari mana2 sekolah agama. zua sendiri pun tak tahu kenapa otak pemuda itu detect yang zua ex - sekolah agama.. sape yang save mcm tu kat otak dia ek??


KENAPA selalu masyarakat kita (MELAYU) akan wat "hypothesis" sendiri..ek??????????

Tudung labuh/ tudung besar 60 tu, hanya untuk budak2 sekolah agama!

sembang2 pasal agama, hanya untuk budak2 sekolah agama!

menolak untuk keluar dating, hanya budak2 sekolah agama!

puasa sunat, hanya budak2 sekolah agama!

Stoking n hand-sock, hanya untuk budak2 sekolah agama!


Huhhh.....

Persoalan zua :: Adakah Syurga Allah itu pun hanya untuk budak2 sekolah agama?? ::

Persoalan zua :: Adakah kasih sayang Allah juga hanya untuk budak2 sekolah agama?? ::

Persoalan zua :: Adakah 'harta' Nabi Muhammad saw juga hanya untuk budak2 sekolah agama?? ::

THINK!!!!!

jangan memperlekehkan budak2 yang bukan dari sekolah agama untuk mereka BERAGAMA. itu sesuatu yang salah dan tak membina langsung! Sesiapa pun ada hak untuk MENCINTAI agamanya. tanpa halangan. walaupun mungkin anda tak berminat langsung untuk menyokongnya. tapi tak perlulah sampai buat suara pelik..wat muka ajaib.. tak perlulah...

BUKAN DISKRIMINASI

tujuan zua menulis n mambangkitkan isu remeh macam ni TIDAK SAMA SEKALI untuk mempersendakan ex-sekolah agama! NO!!!!!!

Bagi zua, sekolah agama ialah satu tempat yang sangat- sangat bersih.... sebab yang ada di situ ialah orang2 yang hebat dan bersih hati. Cinta pada ilmu dan agama seiiring... tempat ilmu. syurga dunia.

Zua sendiri merasa lapang hati mengajar di sekolah agama sekarang ini.. Tenang.. Damai.. Alhamdulillah... (walaupun sebaris ayat Arab pun zua tak faham langsung..)

Mungkin kerana itu, masyarakat men'COP' budak2 sekolah agama ialah orang2 yang baik. dan orang2 yang baik hanyalah budak2 sekolah agama.

sedangkan Environment dan Percepsi ini membahayakan individu. individu yang ber'hijrah'. individu yang terkapai2 mencari ilmu Allah.. terkial2 mencari agama sendiri.

bayangkan kalau anda diperli setelah mendapat Hidayah Allah untuk Melabuhkan tudung... tibe2 ada suara2 sumbang...

"weh, ko ni dulu sekolah agama ek?sekolah maner?"

"bukan.sekolah biasa je.."

(dalam hati)
"Malu la kene perli...ye la, aku bukan budak sekolah agama pun. tak layak la plak nak pakai tudung cmni.."

then akhirnya, perempuan itu pun kembali memakai tudung bawal no1 yang sesuai untuk dibuat jala ikan..

THINK!!!!


yer!! mende ni nampak remeh gler,, tapi kalau biar...akan ada kesan. negative. as iman kita pun nipis cm tudung bawal gak.. and kdg2 berubah pun, bukan sebab diri sendiri yang nak, tapi sebab balak suruh... matlamat tu x brape nak betul, tapi tak salah or kdg2 memang hidayah Allah kurniakan kat kita, tapi tu lahh.... iman turun naik.. then, kalau suare sumbang datang menyumbanggggg dan memberi sumbangan yang berupa sampah, confirm tumbang... trust me!

zua pernah menghadapi situasi dan perasaan macam ni.. zua rasa keperitan tu.. tp syukur, zua tak lupa matlamat sendiri..

so...

so, pls THINK! n THINK! n THINK!

Islam itu universal..
Islam for All.

ubah persepsi anda.
'Jadilah arus yang mampu mengubah suasana!'


with luv,
zua~~

Wednesday, July 29, 2009

that what's friends are for...



gambar ni bukanlah gambar saper2...jmp kat internet je.. zua suka gambar ni.


with luv,
zua..

Friday, July 10, 2009

sure ke?

Assalamualaikum!

cepat sangat masa berjalan, kan? x sempat2.. dah bulan Rejab pun.. bumi memang cukup rajin berputar.. Encik Bumi, awak xpenat2 ek? =p

jom puasa esok nak?

x abis ganti pose lagik ke, makcik?? hu3..

puasa rejab le wehhhh!


PUASA REJAB n SYAABAN? RELEVAN KE?

Zua berminat nak share ngan 'anda-anda' semua tentang pose rejab syaaban ni. tahniah pada yang berminat n berusaha untuk beribadah dengan puasa rejab n syaaban dengan niat untuk beribadah kpd Allah. tapi relevan ke? sure ke Nabi penah suruh? wujud ke puasa rejab syaaban ni? Allah terima ke?

well..... kita tahu ibadah yg diterima Allah ada 2 syarat yg paling ptg,rite? 1st, ikhlas kerana Allah. 2nd, mestilah yang disuruh oleh Allah n Nabi.. klu x complete kedua2 ni , camner ek..

zua ada terbaca article Dr. Asri. under tajuk :: Hadis Palsu Rejab, Syaaban ::

zua akan highlight point2 penting kat sini... insyaALLAH, tanpa sebarang editing.. untuk article penuh boleh la klik sendiri kat link ni ya! http://drmaza.com/home/?p=646


PALSU BELAKA?

dari article ::hadis Palsu Rejab,Syaaban:: by Dr.Asri........



Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan
Ramadan bulan umatku.”
Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah,
Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.



Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban
ialah:
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh). Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun dimasjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam."

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.

Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat
panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada
manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan
salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang
menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang
maknanya
.


HERM.....

itu sebahagian dari article Dr.Asri tentang amalan2 di bulan Rejab n Syaaban.. zua arap2 apa yang zua copy paste ni ada manfaat untuk 'anda-anda' semua.. kita share!

Nabi s.a.w. menyebut: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke
atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


ye lah... bile kita memandai je kata sumthing tu sebagai hadith nabi..or nabi penah cakap...bla..bla.. Memang berdosa besar. Guna dan Sebarkan hadis yang PALSU n TAK BETUL sama je macam kita menipu dengan guna nama Nabi saw. MENIPU menggunakan nama nabi tu dah sama macam kita kata Nabi itu Penipu... TERGAMAK??? BERANI ya?

THINK!

istighfarrr...


DR.ASRI

perenggan terakhir Dr.Asri dalam article ni....

"Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan
cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w....."

zua : Ameen!

Pada 'anda-anda', terutamanye ex-student2 Dr.Asri kat USM dulu (se'batch' ngan zua include saudara, saudari dan saudaraiiiii) yang rindu untuk dengar kuliah Dr.Asri... and also kepada semuaaaaaaaa la.... jom usha BAHTERA PERUBAHAN @ Astro OASIS.
dah episode 2.. Setiap JUMAAT pukul 7.30 mlm. Tapi jgn risau kalau ter'miss' ...sebab, biase le Astro kan sokmo ulang ulang ulang dan ulang lagiiiii...biase le Astro...hu3..

Kalau terlepas sebab pegi masjid or baru balik keje leh usha waktu2 ni :
Isnin : 2.30 petang & 12.00 malam
Selasa : 9.00 pagi
Rabu : 1.30 petang & 11.30 malam
Khamis : 7.00 pagi
Jumaat : 2.30 petang
Sabtu : 6.00 petang & 11.30 malam
Ahad : 12.30 tengahari

ok le... untuk baca article penuh, klik link ni ya.. http://drmaza.com/home/?p=646

moga semua ibadah kita akan diterima Allah. dirahmati dan diredhai. amen!
c ya!

with luv, luv n luv;
zua~

Wednesday, June 17, 2009

sayangilah...

Assalamualaikum!

zua sangat2 berharap 'anda' dapat tengok n hayati nasyid ni...ya?

lagu untuk kem motivasi form 5 untuk students zua @ madrasah idrisiah..
1st time dgr, mmg zua sndiri pun nanges sama2 ngan diorg...
2nd time pun nanges gak..
3rd time pun..
T_T



SYURGA

sentiasa doakan yg terbaikkk untuk mak dan ayah walau apa2 pun.. Moga kita mnjadi anak yang soleh/ah..penyejuk hati mereka..amen..amen ya Rabb..

ini lah 'cinta tanpa syarat'!!

cinta di hati mereka, selalunya yang ada hanya 'Give' tanpa 'Take'...



sayangilah.. doakanlah..

with luv, luv n luv;
zua~

Assalamualaikum!





Tuesday, June 16, 2009

dia demam..

Assalamualaikum!

Anak angkat zua demam...
selsema..
asik nak nanges je..
herm...
='(


my beloved...fiqah..
Afiqah.


luv u so muchhhh, my dear..muah.muahh.muah..


zua~

Tuesday, June 9, 2009

Zua's destination ~ Cuti2Malaysia1

Assalamualaikum,semuaaa!


Cuti-cuti Malaysia.. Jom!

Kepok lekor, batik ghanu, songket & bykkkk lg..
senyum sokmo deh...
makangg ikanggg jom!
zua nak share some pics from my collection..during my holiday trip @ Terengghanu!
2-4 June 09~


Lets ZOOOOOOOM ngan zua!
Wink! ~




MUZIUM TERENGGANU

Muzium terbesar di Malaysia... @ Kuala Terengganu...memang betul2 besaq! zua pun x abis pusing sebab lenguh kaki.. tiket just RM2 for adult n RM1 for child (Malaysian).. klu pendatang asing, harga lain la yer..
yang best nyer muzium ni betul2 mesra alam. ada lanskap yang sangat cantik ala2 yang kita selalu ushar dalam citer kung fu cina.. ada kolam ikan ngan titi yang banyak yang connect dari satu bangunan ke bangunan lain.

main building.. Muzium Ghanu


kolam bawah tu banyak sangat ikan! geram tgk!

ada banyak Galeri.. galeri diRaja... galeri Kraf... galeri Islam... galeri tekstil (songket,batik dan byk lagi jenis2 kain yang zua sendiri pun tak terhafal)... galeri sejarah (kat sini ada macam gua dan batu bersurat tapi yang tiruan la)... galeri petroleum... galeri senjata... banyak,kan? sejam memang tak cukup... and hati2, kat sini leh tgk mayat dalam kubur! =p


MASJID CRYSTAL

Masjid kristal. herm... x reti nak comment apa pasai masjid ni.. tapi dari apa yang mata zua nampak, masjid di buat dari kaca.. because i'm not sure is it really2 crystal.. sbb nampak macam kaca biasa.. tapi cantik!

pandangan dari jauh...



dah tak berapa jauh...


dah sampai!

NOOR ARFA BATIK

best shopping baju n segala mende yang berbatikkkk.... dari kain semurah 4 hengget 5posen semeter sampai le ke tahap baju datin2...



ni demo untuk batik yang dicop.. cop ke cap ek??

abang hencem sorang ni tengah tunjuk cara mencanting batik.. (asalnye nk tgkp gmbar batik tu je, tapi tertangkap gmbr abang ni plak..isk..isk...har3)



PANTAI @ PENARIK, GHANU

Anda boleh menikmati keenakan sotong goreng yang sangat best di sini! sambil menikmati angin laut di tepi pantai yang bersih.... (dah macam pengacara Majalah3 lak..har3) tapi seriusly, best! laut kat sini nyaman gler!


::damai::


SubhanaAllah!!!

na..na..na..na..na..ganu kite!

Jalan-jalan....byk berjalan, luas pengalaman.. byk pengalaman, memang best! enjoy ur holiday! enjoy ur life! hav fun....kita enjoyyy!

Ayuh, Cuti-Cuti Malaysia! segalanya ada di sini! =p

with luv,zua~